tetiba decide nak pergi konsert 2 hari before final nanti
janji nak study gila 2 minggu. janji.
sabtu
study. jumpa penpal duk sibuk main rugby kat uniten. pergi buat payment tiket konsert. then keluar dengan ayah. beli kalkulator yang dah dua minggu hilang. balik tak study dah pun.
ahad
twitter. facebook. motor. ayah datang. lunch. balik lepak. cuak. fon hilang. SERIUS FON HILANG.
ahad malam
serabut. nak marah semua orang semua benda termasuk dinding
isnin.
lambat setengah jam. motor tayar bocor. tolak motor ayu siot berbaju kurung. kunci rumah pulak hilang. serabut. serabut. dalam kelas habis semua benda langgar. kunci jumpa balik dalam laci yang dah beribu kali selak. wargh wargh wargh. pastu terjumpa pulak kalkulator yang hilang. ergh!
friend 1 : hidup kau dua menjak ni dah macam movie
me : kann. aku la heroin yang malang
friend 2 : selalunya when heroine is in trouble, a prince will comes and saves her. dalam movie la.
me : then, please come faster.
selasa
tenang menjelma. lab pun tak sesak nafas. pace tenang. tapi sunyi. sunyi takde sahabat elektronik tu. presentation fizik okay je. fire drill buat semak hidup. and now.
so. not so luck huh. sabar hati.