aku masih berdiri meniliti
ruang udara dicemari rencak rancak lagu disko
melihat melayu berlenggok badannya
liuk sini liuk sana
ya aku tersedar itu melayu
lincahnya gerak badannya
sampai kepala digoyang bagai digoncang
itu melayu
yang punggungnya digesel
ke kaki lelaki entah siapa tahu
mungkin teman lama mungkin baru sahaja
mungkin entah siapa
tiada rasa marah dalam hati
hanya simpati
simpati yang semakin melayu
No comments:
Post a Comment
tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P