hal ini telah disokong dengan peristiwa sejarah yang telah berulang banyak kali walhal setiap kali manusia melaluinya, dia bersumpah tidak akan mengulanginya lagi namun hal itu tidak terjadi. anak cucu cicitnya tetap akan mengulangi peristiwa itu. tak sekarang, 10 tahun lagi. kalau tidak mungkin 100 tahun lagi. manusia tidak di beri pilihan untuk memilih. jika dia terasa dia telah membuat pilihan, sebenarnya dia telah ditakdirkan untuk memilih pilihan itu. jadi ahli psikologi berpendapat bahaa manusia tiada kehendak bebas, ('free will'). manusia hanya hidup atau diprogramkan untuk menjadi apa yang akan terjadi seperti sebelumnya, tidak kira bagaimana emosinya. sudah ada selok belok cerita manusia dan setiap manusia akan m
tetapi, adakah betul hidup kita ni tiada pilihan? benarkah hidup semata-mata kerana punca yang akan membawa kita ke satu peristiwa tanpa sumbangan daripada emosi dan pengetahuan kita sendiri. kalau dah lapar, tidak semua orang terus gi makan. kadang-kadang nak habiskan game dahulu. mungkin dia tengah dalam kelas, atau dalam mesyuarat tergempar, atau dalam tren (boleh makan kalau ada makanan) atau mana-mana lah situasi. pernah ke kita terasa macam perbuatan kita tu disebabkan oleh orang-orang terdahulu yang buat.
>>>>aku makan kfc sebab nenek moyang aku zaman jepun dahulu pun makan kfc
>>>>aku percaya Allah itu satu sebab orang zaman dahulu pun percaya
>>>> aku gagal addmath sebab datuk aku dulu gagal jugak.
nampak tak logik disitu?
sesetengah liberti ( ahli psikologi dan teologi ) pula mengatakan manusia ada kehendak bebas. apa yang kita hendak, kita akan fikir dahulu, dan kita akan jadi lebih bertanggungjawab.
disebabkan kehendak ini lah membuatkan sains manusia tidak mempunyai ketetapan (uncertainty) sama seperti sains semula jadi juga (natural science).
oh otak mula bergelegak.
bagi aku la, ketentuan dan kehendak itu bergerak seiring. ni dari sudut logik aku. aku dah ditentukan untuk menjadi perempuan tetapi aku sendiri kena tentukan sama ada aku perempuan yang pandai atau masih di zon kelabu.
wallahu'alam. dan Allah lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment
tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P