Anda Gigih (Striver)
Anda ceria dan bersemangat dengan tenaga
yang boleh mempengaruhi mereka yang berada di sekeliling anda. Segalanya adalah
berkenaan memanfaatkan hari-hari anda dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Anda
seorang yang seronok untuk didampingi, dan semangat positif anda adalah sesuatu
yang dihargai dan dikagumi oleh rakan-rakan anda.
Anda menetapkan standard yang tinggi untuk
diri anda dan orang lain dan sentiasa menumpukan perhatian untuk mencapai
matlamat anda. Dan apabila anda teruja tentang sesuatu, anda mempunyai
keyakinan dan semangat untuk memberi inspirasi kepada semua orang di sekeliling
anda untuk turut terlibat.
Anda mungkin merasakan yang hidup anda
memerlukan sedikit keseimbangan pada saat ini. Tetapi dengan sikap anda yang
sihat dan pemikiran yang positif, anda boleh menerima yang buruk dengan yang
baik. Luangkan masa untuk diri anda.
Kehidupan adalah tentang membuat pilihan.
Jangan lupa untuk terus teruja dengan segala kemungkinan dan potensi di luar
sana dan bukannya mendesak untuk mengetahui "jawapan" sepanjang masa.
Ia merupakan jalan yang panjang, penuh kelainan dan berliku-liku, oleh itu
daripada menjauhi perjalanan tersebut, tempuhinya dan nikmati segala rintangan
yang anda hadapi. Cabar diri anda untuk mencuba pengalaman baru dan menikmati
kehidupan sepenuhnya. Tetapi anda juga perlu ingat yang anda tidak boleh berasa
yakin dan ceria sepanjang masa. Kadang kala ia sama sekali tidak mengapa untuk
mengalihkan tumpuan dan melihat ke dalam diri anda. Malah, kami amat
menggalakkannya!
Berhubung semula dengan alam semula jadi
bukanlah satu kemewahan tetapi satu keperluan bagi anda. Tiada yang dapat
menandingi hembusan udara segar di luar untuk memberi rangsangan yang anda
perlukan dari semasa ke semasa. Semangat anda melonjak naik apabila merasai sinaran
mentari di wajah anda. Pastikan anda memperuntukkan waktu khas yang tenang
untuk diri anda seberapa kerap yang boleh.
Apabila tiba masa untuk berehat yang anda
sewajarnya nikmati, anda suka bergiat aktif. Sama ada mengetuk turapan jalan
atau pergi ke hutan, mengambil sedikit masa untuk menggerakkan otot-otot anda
boleh membantu anda berada dalam keadaan yang terbaik.
Anda melihat kehidupan sebagai acara
maraton dan bukannya acara pecut, dan cenderung untuk berfikir dari segi
aspirasi jangka panjang. Anda seorang yang rajin, dan suka melihat hasil
daripada segala usaha anda terbentang di hadapan anda. Anda seorang yang
seimbang dan fokus, dan membiarkan motivasi anda mendorong anda untuk berjaya.
Sekali-sekala, jangan lupa untuk memanfaatkan hidup anda - berbelanja untuk
sesuatu yang boleh menggembirakan anda.
yapp. like they said : just be yourself. and yeah, hidup ini bukan acara lari pecut.
No comments:
Post a Comment
tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P