Tuesday, May 28, 2013

first day jakarta

5 hari 4 malam di indonesia sumpah best gila. ACE family, trip ke indonesia sure the memorable moments. banyak aku belajar, banyak aku jumpa, banyak benda aku dah bukak mata.

first day jam 3 suku pagi aku terjaga. siot tergugah jantung ni haaa. patutnya kena kumpul kat area surau pukul 3 pagi. whatdehek aku ngan leen 3 suku baru terjaga. heyyyooooo. barang pun tak kemas lagi! pastu baru teringat. semalamnya aku tertidur awal. penat sangat deh. hati sumpah seranah apasal fon tak bunyi padahal rasanya dah kunci dah alarm. cari fon, mati. FON AKU MATI WOOI. pishang gila aku rasa. and sorang je aku teringat, haziq. waaa macam mana ni?? tapi aku dah lambat. aku terus siap2 mandi. amazing, 3 stengah aku dah dalam bas. leen pun sama. wahaaha. EH AKU MANDI TAUUUU. khihihi.

aku sedih baca text dia. haziq macam tuduh aku sengaja matikan fon padahal i didn't mean like that :'( sedih siot. tak sengaja. sepanjang perjalanan ke lcct aku duk call je dia. taktau ah berapa puluh misscall aku bagi. dah la dia off. okay aku bersangka baik la fon dia pun habis bateri. aku tinggalkan malaysia dengan kepala serabut. heh. nasib baik ada makcik basyira tolong sampaikan salam kat dia. thanks sis.

sampai jakarta, kitorang singgah Monas >> Monumen Nasional. hujung tugu, ada saduran emas real berbentuk api. kata pak abdullah, kitorang punya tourist guide, api tu lambang semangat rakyat indonesia yang takkan pernah padam. cool. banyak sejarah indonesia aku dengar dari pak abdullah. setiap kali kami lintas satu2 bangunan mesti dia cerita bangunan tu milik siapa, disebalik ceritanya ada siapa and so on. aku terkedu kejap. fuhhh satu bangunan kat malaysia ni haram aku taktahu siapa punya. haha. lame gila aku. terasa bodoh sekejap.

tengahhari makan nasi padang. nasib baik laa aku jenis makan je apa yang boleh dimakan. tapi sepanjang kat Indonesia leen bising aku kurang makan. nasi aku ciput je. habis nasi tu, maka habislah sesi makan aku. kalau nak diikutkan, sedap la jugak nasi padang tu tapi tu lah, agaknya mood aaku tak betul sangat kat situ.

petangnya kitoang lepak kat Tanah Abang. shopping weyy. serabut aku tengok baju2 bergantungan kat situ. bebudak ni semua semangat shopping. Aku? aku beli cincing coklat bercorak bunga je. harganya 10000 rupiah. rm3 la lebih kurang. aku tak beli apa pun. even though i really love to shopping but when visitting someone's place, i love to wondering around first, see their nature, see their behavior, baru laa aku selesa nak shopping ke hapa ke. so i just hold the dslr camera which is Ayie's. so duit agak save masa hari pertama. haha. baru hari FIRST. sabar..

makan malam pun best gak. aku taktau la aku makan apa actually. rasanya macam nasi padang jugakkk. haha. hari first je ACE dah ada tagline >> makan nasi padang sampai mampus. haha. lakolako je. aku? aku layan je. mata pun dah ngantuk. kitorang check in hotel pukul 8 malam lokal. kalau diikutkan pukul 9 setengah kena kumpul sebab ada  meeting tapi aku dengan leen elok je tidur sampai esok pagi. haha.

harini, ni je kot aku menulis, aku sambung esok lusa lah. nak gi tengok adik kat gombak. dia baru masuk hostel semalam. weee rindu. lagi pun nak pass hadiah yang aku beli kat Bandung. 

1 comment:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P