Tuesday, June 25, 2013

kalau bukan sekarang, bila lagi?

Hati kita sendiri akan mengakui, banyak benda yang terbaik terjadi setiap kali kita melepaskan nafas. Dalam setiap detik, pelbagai peristiwa menarik berlaku di sekeliling aku, kau dan kita semua. 

Dan tanpa sedar, banyak peluang-peluang yang tercipta di sebalik setiap detik itu tetapi ditidakhiraukan oleh aku, kau dan kita. Peluang-peluang ini tidak akan menarik kita ke arah kehidupan yang terbaik sekiranya kita sendiri tidak tergerak hati untuk 'menghidupkan' peluang ini. 

We didn't want to grab it, hold onto it and live with it. All we do are watching it to disappear from our life, and start to regrets every single moment in our life.

Teringat sewaktu kecil-kecil dahulu. Pastinya kita semua mempunyai cta-cita yang murni dalam diri kita. Impian untuk menjadi orang yang berguna di atas muka bumi ini. Kita mahu mencipta sejarah dalam keluarga dan sebagainya. Tetapi lihatlah sekarang, di mana kita? Katalah sudah 20 tahun kita bernafas, sudah jauh mana perjalanan hidup kita untuk mencapai impian kita itu? Atau mungkin dah terlupus?

Lihatlah masa-masa anda yang sudah berlalu. Masa-masa itu merupakan kuburan peluang-peluang yang tidak dapat menabur bakti dalam hidup anda. Apabila manusia melihat satu peluang, kita selalu letakkan tempatnya dibelakang sekali kerana kita merasakan peluang itu boleh digunakan di kemudian hari. Sayangnya, hidup tidak semudah yang disangka. Sikap pelupa kita sudah selari dengan kronologi hidup manusia. Peluang itu semakin dilupakan lantas menutup satu lagi jalan untuk kita berjaya. Lihat, manusia sangat yakin memperjudikan nasib hidup sendiri. Tanpa sedar kita seakan meludah ke langit, jatuh kena batang hidung sendiri. Apabila gagal, kita mula menyesal dan menyalahkan takdir. Ironi sungguh hidup manusia.

GRAB IT NOW! You have to start to realize that all these opportunities lay abundance before your eyes. It'll give you a new breath. It'll will provide you a new picture of life and you will see your current path in a different way. Who knows you might be another Bill Gates or a reborn Einstein. 

If not now, when?

1 comment:

  1. nice :D .. u gave me more spirit dear.. :)

    ReplyDelete

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P