Sunday, September 30, 2012

selamat hari jadi fara!

happy birthday to you. happy birthday to you. happy birthday to fara.. happy birthday to yooouuuuu.

weeee. selamat hari lahir fara amyra. haha. aku tak sangka aku dah cukup lapan belas. okay da saat  ak tulis ni belum lagi pukul 12 tapi kesah pulak laa aku kan. haha

i wish i have my family here :'(

but naaww. lupakan perkara yang sedih. ingat perkara yang gembira saja. yang lain tolak tepi. okay fara? lagipun pagi tadi banyak laa jugak kau megetuk ayah kau. mak kau bayar tambang singapura. adik kau sanggup laa ikut kau dua hari ni sana sini. apa yang tak cukup lagi?

masa.

haha. sampai bila pun masa tak cukup der. sedar la.assingment pun tercirit nak kejar, lagi kau nak kejar masa dengan family? kau pun jarang balik. bali rumah pun bukan ada orang kat rumah. semua sibuk kerja. kau?

penting kot. entah laah. aku keliru laa. selfish ke aku kalau tak balik rumah selalu. but then kalau aku balik rumah pun rumah aku kosong takde siapa. apa aku nak buat?? haaaaiiiihhh, bila nak menang kalau main tikam dengan hati batu ni. hai laa hati.

ya Allah, jika Engkau mendengar aku, aku tahu Engkau mendengar ya Allah. ya Allah, kau kuatkanlah iman ayahku, ibuku, ayah tiriku, adikku adik-adik tiriku, isteri pertama ayah tiriku, dan aku sendiri ya Allah. kuatkan lah mereka dalam menjalani ujian masing-masing. pimpinlah kami lurus dalam perjalanan ke arahMU tuhanku. tariklah kami sekiranya kami tersalah simpang.

begitu juga dengan kawan sahabat dan taulanku. kau besarkanlah jihad mereka dan bantulah mereka menghadapi ujian di duniaMu. kau terangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu untuk diamalkan dan disebarkan di muka bumiMu.

ya Allah, sampaikanlah salamku kepada para sahabat dan sebesar salamku kepada Nabi Muhammad S.A.W kekasihMu.

aku masih hijau. aku masih mentah. tidak matang akal dan sifat. aku perlu belajar. kawal emosi.

Saturday, September 8, 2012

letih

kadang-kadang aku terasa macam aku yang terhegeh-hegeh dalam persahabatan. tak bermakna eh salam sahabat yang aku hulur?