Monday, July 29, 2013

Istikharah

I need to perform istikharah starting now. 
I need the help of the Almighty to guide me,
which opened doors that I have to choose
so that my choice did not jeopardize my future,
I hope I see the light.

okay bunyi sangat sadis kan kan. haha. tapi serius, aku kena istikharah tentang isu berbangkit dengan masa depan sendiri. tadi wakil pihak JPA datang kolej, bincang pasal isu akademik. mereka ada satu cadangan yang sudah dibincangkan oleh pihak penaja, bahawasanya pelajar yang tidak melepasi gred minima harus dipindahkan ke UniTeN untuk melanjutkan pengajian foundation dan degree. maksudnya, DALAM NEGARA.

okay sekarang dah tahu kan kenapa bunyinya sadis sangat? haha

yep, istikharah.

tadi dia pun ada cakap, yang mana hampir-hampir cukup makan tu dia akan berbincang dengan pihak kolej untuk lihat pelajar itu mampu ke tidak untuk dapat lagi tinggi. aku dilema sebenarnya. gred minima ialah 33 dan aku cuma berjaya mendapat 32. keputusan muktamad belum diputuskan lagi. 

sekarang ni, perlukah aku percaya yang aku masih ada harapan untuk meneruskan pengajian kat kolej ini atau aku patut play safe dengan pindah ke UniTeN tu?

Istikharah

dua pintu terbuka untuk aku. KMB atau UniTeN. aku fikir, yang penting ialah pengajian aku dibiaya sepenuhnya. aku bukan orang senang. kalaulah kalau aku tak dapat lepas semester 4 nanti, aku terus ditamatkan pembiayaan. siapa nak bayar kalau aku nak ambil degree nanti? kerja terus? taknak la aku.

Istikharah

so sekarang macam mana? aku tak mampu nak cerita kat orang. tolonglah aku T.T

Istikharah, Fara.

Saturday, July 27, 2013

yakin

tak salah bukan untuk menyayangi apa yang rasa ingin disayangi?
tak salah bukan untuk menghormati bila rasa dirinya wajar dihormati?
atau mungkin ego diri melebihi kepala apatah lagi hati?

entah,
manusia egois, kau dah tewas lama sudah,
disaat kau julang bendera tinggi dirimu,
kau sudah jatuh terjelepuk menangisi ketewasan,
tanpa kau sedar, batinmu meraung tidak kedengaran,

untung jika aku tidak mengenalimu,
tidak perlu aku berharap untuk kau mati,
tidak perlu aku berharap untuk kau pergi,
malangnya dengan mengenalimu,
membuatkan aku kepingin mendekatimu,

robek, siat, tusuk,
semua pernah kau buat,
benar tiada daya aku pertahan,
benar otakku tidak lagi mengfungsikan akal,

bunuhlah aku beberapa kali pun,
aku menyebelahimu, aku menyokongmu,
selagi nyawa dikandung badan,
aku menyebelahimu, aku terus menyokongmu.

#########

duh, dah macam sadistic la pulak. Gaya hamba suka kena sebat, gaya kawan suka kena tikam belakang, gaya isteri taat babi, gaya rakyat sembah kerajaan, haha gaya macam apa-apa je laa dalam kepala otak kau yang terlintas tu. mungkin jugak tajuk 'yakin' tu yakin yang membabibabi. mungkin. mungkin.

serius, ni bukan niat aku mencoret, tapi mungkin ini yang hendak disampaikan tanpa sedar. wallahualam.

> takde kena mengena dengan life aku sekarang. aku bahagia. <

Monday, July 22, 2013

buka puasa!

sabtu lepas aku berjaya gather 3 orang yang aku sayang, >> basyira, haziq and adik aku.

well, not that adik aku mampu bersembang dengan haziq selancar mungkn but at least dia akan recognized  dia sebagai calon. eheh :3

ohoh, masa tu birthday makcik kita >> basyirah << so kepada makcik tua, bayangkan aku nyanyi tuk kau,

selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat haaarii jadi basyiraaaaaaaaaa, selamat hari jadi.

anyway, that was the happiest Ramadan i ever had. berbuka kat pizza hut, as a official  treat from me to my beloved guys and girls. and aku dah lama tak makan piza, haha.

pastu maghrib kat masjid baru sri muda. firts time aku masuk. besar seh tempat perempuan kat atas. habis je maghrib, ingat nak hantar haziq balik subang, tapi idea timbul,

MIDNIGHT MOVIE >> PACIFIC RIM

masha Allah, bulan puasa ni. haha. at least aku ngan basyira terawih sendirian okay kat sunway tu. haha. 

first time aku tengok movie tanpa family aku. yelah, adik aku je la ada. haha. rasa dewasa. dah la dengan basyira and haziq sekali. habis je movie aku kelaparan. aku sedar yang aku makan sikit tapi asyik nak makan je. cepat sangat lapar. hee bahaya, boleh jadi gemuk sehh.

balik je kolej, kepala aku serabut kerja banyak. heh. tension kepala. tengok, ayat pun pendek2 je ni haa.

Wednesday, July 17, 2013

terkilan

aku tahu aku rindukan dia, tapi aku tahu juga yang aku jauh dari dia, jauh dari mata dan jauh dari hati. hihi. terasa macaam diperbodohkan pun ada. 

atau mungkin ni hanya sangkaan hati yang resah dah huru hara. mungkin ini hanya gerakan hati sedari dahulu lagi. entahlah.

hati, sabar.

Wednesday, July 10, 2013

Happy Ramadan!

Today is the first day of Ramadan this year. I am full of spirit to fasting this whole month. not that I will have a chance to get exactly 30 days fasting, but oh well, I am no nagging on that, for sure.

At least I have a chance to eat a hot curry maggi during the day! xoxoxoxoxo

Oh, may us have a best condition to perform the ibadah towards Him. May Allah gives us easiness in our mind and refined the act of ours. 

target >> walaupun puasa, aku akan buat jugak semua benda hari biasa aku buat.

oh tadi aku demam, tertinggal sport satu hari :(

May Allah gives us easiness in our spirit as well as our body. ameenn.

Saturday, July 6, 2013

kehendak vs ketentuan

sesetengah ahli psikologi mengatakan perangai manusia telah ditentukan. semua pemikiran, percakapan dan apa sahajalah bentuk perbuatan manusia mempunyai sebab dan sebab itu sendiri ada sebab dia sendiri. haa faham tak? aku pun kurang faham tapi senang cerita, asegala yang terjadi di dunia ni yang berkaitan dengan manusia telah pun ditakdirkan. kalau sains semula jadi berlaku seperti itu, sains manusia juga akan jadi seperti itu.

hal ini telah disokong dengan peristiwa sejarah yang telah berulang banyak kali walhal setiap kali manusia melaluinya, dia bersumpah tidak akan mengulanginya lagi namun hal itu tidak terjadi. anak cucu cicitnya tetap akan mengulangi peristiwa itu. tak sekarang, 10 tahun lagi. kalau tidak mungkin 100 tahun lagi. manusia tidak di beri pilihan untuk memilih. jika dia terasa dia telah membuat pilihan, sebenarnya dia telah ditakdirkan untuk memilih pilihan itu. jadi ahli psikologi berpendapat bahaa manusia tiada kehendak bebas, ('free will'). manusia hanya hidup atau diprogramkan untuk menjadi apa yang akan terjadi seperti sebelumnya, tidak kira bagaimana emosinya. sudah ada selok belok cerita manusia dan setiap manusia akan m


oh tuhan ayat aku pun sudah berbelit. kepala terasa berat pakai bahasa melayu formal yang tak berapa forrmal sebenarnya. okay sambung.

tetapi, adakah betul hidup kita ni tiada pilihan? benarkah hidup semata-mata kerana punca yang akan membawa kita ke satu peristiwa tanpa sumbangan daripada emosi dan pengetahuan kita sendiri. kalau dah lapar, tidak semua orang terus gi makan. kadang-kadang nak habiskan game dahulu. mungkin dia tengah dalam kelas, atau dalam mesyuarat tergempar, atau dalam tren (boleh makan kalau ada makanan) atau mana-mana lah situasi. pernah ke kita terasa macam perbuatan kita tu disebabkan oleh orang-orang terdahulu yang buat. 

>>>>aku makan kfc sebab nenek moyang aku zaman jepun dahulu pun makan kfc

>>>>aku percaya Allah itu satu sebab orang zaman dahulu pun percaya

>>>> aku gagal addmath sebab datuk aku dulu gagal jugak.

nampak tak logik disitu?

sesetengah liberti ( ahli psikologi dan teologi ) pula mengatakan manusia ada kehendak bebas. apa yang kita hendak, kita akan fikir dahulu, dan kita akan jadi lebih bertanggungjawab.
disebabkan kehendak ini lah membuatkan sains manusia tidak mempunyai ketetapan (uncertainty) sama seperti sains semula jadi juga (natural science). 

oh otak mula bergelegak.


bagi aku la, ketentuan dan kehendak itu bergerak seiring. ni dari sudut logik aku. aku dah ditentukan untuk menjadi perempuan tetapi aku sendiri kena tentukan sama ada aku perempuan yang pandai atau masih di zon kelabu.

wallahu'alam. dan Allah lebih mengetahui.

Friday, July 5, 2013

lagi gambar ACErians

lagi gambar dari gunung tangkuban perahu, bandung, indonesia. serius. kami kat sini arround a few hours je. tak sampai 3 jam pun but banyak siot gambar. bebudak ni memang gila kamera -_________-


strawberry <3




ni kawah hijau << aku panggil.
tak tau nama sebenar dia apa





Taman Wisata Alam
Gunung Tangkuban Parahu.


err selama nni aku eja PERAHU





tengok laa, in one spot, semakin ramai yg masuk frame. 
haha





masa kat sini aku dgn leen dah chiaww dah gi tempat lain,
diorang masih dalam grouping, bergambar sakan




syanaz and fazreen


saddiq :)



tiffah and rafie <<< classmate


















syanaz and saddiq, emmmm




bebudak C












not sure if saddiq is really pendek
or hanya ilusi gambar. :P




red guy >> ammar, 
husband and wife >> teacher fazila n en firdaus.
(kalau tak silap la nama dia)








haha becks.


haris a.k.a lahh







rafie nad tasha saddiq




le girls

aku dengan leen sampai lambat dari waktu berkumpul. hehh. this explained why gambar kami takdo dahh. kitorang sampai je terus balik. haha. 




pak abdullah n encik amin


coach and his wife,


awww so cute mannn







terjumpa mamat klate dalam van. haha,
seronok lahh sembang dgn dia


masa ni baru lepas balik shopping kat factory outlets yg bersepah 
kat bandung, penat jalan


becks
ikhmal azlan rasanya nama full dia


luqman, 
mysterious guy >'<


taktau ni sape,





oh saddiq rupanyaa. haha










ayie, :)



tasha and sarah,


jam baru :P


kat dalam airport, nak balik malaysia dahh :)









ramai sangat orang malaysia kat sini. haha


ni baru suku dari koleksi gambar sepenuhnya. maksudnya, ada banyak lagi gambar yg aku tak dapat.

gosshh. trip paling banyak bergambar >> TRIP BANDUNG.  :)