Saturday, November 17, 2012

GAZA, i am here.

first muharram, that peaceful morning, a morning that for the first time i can woke earlier than normal, i heard off some unpleasant news from my room-mate.

I was told by her that Gaza was under attacking by Israel and that time and i could not say anything, Israel was bombing my brothers and sisters there while i just had a sweet dream!

that night i was browsing the picture and news from Gaza, all the pictures show me the burden that my bros and sis have on their shoulder, show me how the cute 10-months baby syahid, show me how ignorance the war is towards the humanity.

i don't know how the things started, but i do know what is the war. in war, i see small but strong hope, and in war i see human, but with no humanity. 

i don't know at all how it felt to be in such tragic war, but i do understand the pain when looking at my bros and sis fighting for a life there. i do know how their feeling when their child bombed in front of their very eyes. i do know they hoping for life, hoping for better, hoping for future, hoping for Allah.

O` Allah, please help them.

Dear Palestinians, i am always here, to pray for your safeness and peacefulness with all my heart for all my brother and sister there.

you still have me, a love from me <3

Wednesday, November 14, 2012

that night.

sepanjang hari aku tidur and malam tadi aku tension. 
aku taktau kenapa but aku memang tension.
shahrul buat lawak bodoh pun aku gelak cukup syarat je, seriously i don't know why,
aku terfikir, maybe aku patut call orang, sesiapa la,
lagipun memang tu pun aku selalu buat if aku tension,
aku taktau nak call siapa, budak kmb memang tak la, mana ada yg aku kamceng,
kalau ada pun duk kutuk belakang kot, 

hmm so aku teringat laa kat bestfriend aku, haha. crush sebenarnya, suwey kan aku.
aku takut actually, mana la tau dia tak suka aku call dia kan, ganggu ke apa,
lagipun aku bukannya pernah pun call dia, so sangat awkward nak call!
but yeah aku tetap call. 

happy gila dapat dengar suara dia. haha. banyak cerita yang dia share dgn aku tadi,
dan aku punn banyak share dgn dia tadi. lama gila on the phone.
sampai sekarang ni pun aku stil tak percaya aku call dia tadi, hilang tension aku,

well maybe this is the last aku call dia. tak boleh doe. aku rasa laa kan, dah ada org da yang tunggu dia kat tempat dia study tu. sumpah aku sedih sebenarnya, hmm macam bodoh kan, mmg bodoh pun aku ni. suck. 

*thankyou, terharu aku tadi last word kau. sampai sekarang still terngiang. tapi sorry aku tak mampu nak balas, 

Monday, November 12, 2012

FINAL- kata hati mati

heyeaahhh final sudah mahu menjelma,

sebarang persiapan apa pun aku takde,

hanya ilmu di kepala dan tangan yang sudah berkarat,

ilmu math aku semua sudah tergadai di medan SPM dahulu kala,

ya Allah kau ringankan lah beban hamba-Mu ini ya Allaah!!

aku sumpah cuak, aku taktau kenapa,

mungkin amalan tidak setimpal dengan permintaan yang bakal dibuat,

hati mula berat dengan dosa-dosa lalu,

banyak aku khilaf,

banyak aku alpa leka lupa,

terngadah ditampar perit dosa lalu,

haiyoo sakit tau!

padan muka kau,

-.-

bullshit kau merepek apa ni?

okay tinggal semua,

fb, manga, lagu, phone, ym,

err, phone takpayah kot,

haha, okay itu sangat bullshit,

mungkin patut tutup laptop ni?

hmm mungkin, selamat tinggal Acer,

aku sayang kau sangat,

kau sangat nipis dan ringan,

awww nanti aku rindu,

dua minggu??

insyaAllah malam nanti aku on balik,

haha soalan bank aku dalam laptop la!!

okay maybe maxis patut dicabut,

maxis di bukit changgang, hmpph

bullsshit.

takpun just be ready segala gear kepala,

mungkin, 

aku tak tahuuuu

rasa nak jerit kat semua orang,

aku taknak finaaal

arrrgghhhhh,


oh my it's just like Hulk.

hahaha, that is my bad, my bad

to my guys, pleassee do pray for my ketenangan hati.

hati sangat tak tennang

walaupun hakikat muka tenang tanpa sebarang riak

muka ini berjaya meragut ketenangan hati orang yang memandang, 

tapi hati aku,  siapa tahu meehhh.



P/S, nampak tak aku merapu? tanda2 otak skru hilang. doakan saya tenang di final nanti, mintak halalkan segala ilmu dan apa sahaja yg pernah diberi, maaf. :)

Friday, November 9, 2012

catatan hati


untuk manusia sebaik-baik kau
untuk orang yang dah banyak berkorban untuk orang lain
untuk orang yang telah disakiti dengan perit sekali seperti kau,

aku tidak layak,

maafkan aku,

jangan harapkan aku,

tolong.

Sunday, November 4, 2012

that litle memory

memory 
sometime trapping us nowhere 
didn't care if i am meeting someone or like in the class
or even at counter when i want to pay for my top up
the memory will crawling wildly without careless together with image 


that was intriguing
keep popping like soap balloon 
i missed them so much.

here kolej mara banting,
there was still no this sweet thingy 
like i ever have back 2010-2011

really, i missed them.

hey guys
thank you for leaving me something
that i still hold it tight here

once ReviVEna+, always ReviVena+

Saturday, October 27, 2012

aku tekilan

bayangkan,
kita cuma mahu seorang sahabat
melupakan apa yang terjadi kepadanya,
"sabar la, sabar la"
hanya itu yang mampu kia ucapkan

tapi dapat tak kita bayangkan,
kita yang terhimpit dengan situasi
dan sahabat kita berkata
"sabar la, sabar la"
apa perasaan hati?

ketika itu dala keadaan serabut buntu,
apa yang didengari semua tak masuk

kabur

sepi

takut

sedih

perasaan bercampur baur.

bayangkan,
suatu hari selepas kita menasihati
sahabat yang ditimpa kecelakaan itu,
baru la kita mengetahui aa yang sebenarnya terjadi

memeranjatkan 
dan kita langsung jatuh simpati
tak pernah terssangka perkara itu yang terjadi kepada dia

sahabat kita.

*awak sorry saya tak tau apa yang terjadi tapi saya harap awak kuat dan harapkanlah kekuatan hanya kepada Allah S.W.T 

SAYANG AWAK. <3

Tuesday, October 16, 2012

childish

tadi baru selesai pembentangan manifesto oleh calon2 MPP di Kolej MAra Banting. tujuan asal hendak memberikan sokongan moral kepada calon MPP yang kebanyakkan mereka merupakan rakan-rakan aku. tapi tujuan itu telah dicemari dengan akal pendek seorang pelajar di KMB yang tidak matang dan sangat bangang.

dia telah tampil kehadapan dan mengemukan perasaannya di hadapan dan satu persoalan yang cukup bodoh ;

kenapa tiada seorang pun calon MPP yang memperkatakan kelas 'floating' ?

dengan nada yang mengejek, pedas dan lidah yang tidak beralas serta berlapikkan akal yang cetek serta tumpul, lelaki ini dengan lantang bersuara dia cukup kecewa kerana tiada seorang pun calon MPP yang hendak mewakili hasratnya. dia seolah-olah memperkecilkan calon-calon dan merasakan dirinya CUKUP BESAR UNTUK BERSUARA DENGAN NADA MENGEJEK ITU.

wahai saudara, only a sentence would probably suits you well

you are suck.

umur 17 tahun tapi akal kau macam tak cukup kembang. calon MPP diperkecilkan kerana tidak menyelitkan perihal kelas floating sedangkan hal itu memang dah tak boleh bawa kemana-mana. sistem kelas floating adalah gilir2 dan kelas yang floating sekarang insyaAllah akan diberikan kelas sem akan datang. lagipun bukan penat sangat pun floating.

aku pun kelas floating jugak la. rileks la.

kalau semua benda nak letak bawah hidung kau memang tak dapat laa. cuba belajar erti bersyukur. orang kat thailand sana kena bom nak pergi mengaji, kita senang lenang kat Malaysia tapi mintak itu ini seolah masih tak cukup. itu kemahuan sayang, bukan keperluan. the value of gratitude of yours is insufficient. you tend to judge people based on your weakesses or limitations. MPP's candidate who doesn't have at least about the floating class in his manifesto is sucks <---- this is your judgement. 

i also already make a judgement on you. nice one.

kau nak bela nasib pelajar kelas floating.


terima kasih, sebab yelaah, aku pun budak kelas floating juga. 


but hey dude,don't you know that the  MANNER is your personality? 

mulut jangan terlalu lantang ketika bersuara, kata-kata janganlah terlalu tajam sakit halwa telinga mendengar. we are 17 years-old student and above and yet,

SAYA RASA AWAK MACAM BUDAK TADIKA YANG MARAHKAN CIKGU DIA SEBAB KERUSI DIA DI AMBIL OLEH KAWANNYA.

rasional, tertib dan yakin. insyaAllah. 

Sunday, October 14, 2012

13th Oct 2013

pengalaman semalam, dijadikan garisan peajaran hari akan datang.

aku, dengan ayah aku, dan member baik aku serta kawan sekelas aku naik wiraa hitam gerak keluar dari kolej tercinta.

membeli cat dan berus dan segala keperluan untuk mengecat PDK Teluk Datok, Banting. seronok dengan layanann apek cina yang sangat beria menolong aku fikir barang2 lain untuk kerja mengecat ni. THANKYOUU APEKKKKK. i love you so much. awak dah jadi salah seorang guru saya :)

lepas tu konvoi ke Aero fair di UniKl MIAT di Sepang dan mengusha jet-jet dan kapal terbang lapuk. 

aku terfikir, masih teguh kapal terbang itu selepas berjuang sekian lama untuk Malaysia. dan kini dijadikan pameran untuk generasi terkini lantas boleh dijadikan inspirasi bagi mereka yang memerhati sambil berfikir. karat-karat yang terpalit di setiap bahagian kapal terbang itu mungkin menceritakan kisah tersendiri yang unik dan berkemungkinan besar tidak pernah tercatat dalam buku teks sejarah.

oh lupa, aku juga main wall climbing. tersenyum melihat member baik aku tak mampu memanjat sedangkan aku telah pun sampai ke puncak. lihat, Allah beri kelebihan dan kelemahan dari segi yang berlainan tapi kami masih KAMCENG. sorry yea Leen aku bantai gelak kau semalam macam haram. aku sayang kau ketat sangat. haha. dan kita gelakkan anisa yang langsung tak naik sebab cuak. HAHAHA.

dan first time aku tengok helikopter terbang and mendarat! haha. aku jadi batak sekejap tengok helikopter yang macam drumstick ayam kfc. nyum nyum ^.^

aku mula merapu. 

kemudian kami membuat keputusan untuk berjimba-jimba di pantai Teluk Kemang, Port Dickson. tak lupa menjemput seorang kawan, yang tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui teks dan FB namun semalam lepak macam KAWAN BAIK. haa jangan jealous, siap mandi laut sekali.haha. hey haziq. kau memang cool weyh. haha. thanks sebab sudi ikut aku and the gang mandi kat pantai yang cantik itu. subhanAllah. 

thanks jugak sebab gelakkan saya yang takut air.alhamdulillah, KORANG MEMANG KAWAN TERBAIIKKKKK.

balik penat keletihan. ceh gaya macam aku buat diving ja. haha. sumpah ngantuk sampai terus tertidur atas timbunan kain baju yang KONONNYA nak lipat tapi wassalam di pertengahan jalan. aku sambung lipat kain esok paginya. haha.

thankyou ayah bawak along jalan-jalan. nanti kita jalan lagi yea. i miss your humor already :'(

keluarga dan kawan ibarat satu untaian kasih sayag yang aku merayu sangat-sangat, tolong la jangan ambil dari akui. TAK SANGGUP DOE. :'(

Tuesday, October 2, 2012

its hard. its brittle.

and that is my heart. hard to see but brittle inside, at the core. yeah. the core one. 




so, what's the problem being hard to see?

 you can say anything that potentially hurting me but its dont

then what the hell if the core is brittle?

i will cry for nothing.

Sunday, September 30, 2012

selamat hari jadi fara!

happy birthday to you. happy birthday to you. happy birthday to fara.. happy birthday to yooouuuuu.

weeee. selamat hari lahir fara amyra. haha. aku tak sangka aku dah cukup lapan belas. okay da saat  ak tulis ni belum lagi pukul 12 tapi kesah pulak laa aku kan. haha

i wish i have my family here :'(

but naaww. lupakan perkara yang sedih. ingat perkara yang gembira saja. yang lain tolak tepi. okay fara? lagipun pagi tadi banyak laa jugak kau megetuk ayah kau. mak kau bayar tambang singapura. adik kau sanggup laa ikut kau dua hari ni sana sini. apa yang tak cukup lagi?

masa.

haha. sampai bila pun masa tak cukup der. sedar la.assingment pun tercirit nak kejar, lagi kau nak kejar masa dengan family? kau pun jarang balik. bali rumah pun bukan ada orang kat rumah. semua sibuk kerja. kau?

penting kot. entah laah. aku keliru laa. selfish ke aku kalau tak balik rumah selalu. but then kalau aku balik rumah pun rumah aku kosong takde siapa. apa aku nak buat?? haaaaiiiihhh, bila nak menang kalau main tikam dengan hati batu ni. hai laa hati.

ya Allah, jika Engkau mendengar aku, aku tahu Engkau mendengar ya Allah. ya Allah, kau kuatkanlah iman ayahku, ibuku, ayah tiriku, adikku adik-adik tiriku, isteri pertama ayah tiriku, dan aku sendiri ya Allah. kuatkan lah mereka dalam menjalani ujian masing-masing. pimpinlah kami lurus dalam perjalanan ke arahMU tuhanku. tariklah kami sekiranya kami tersalah simpang.

begitu juga dengan kawan sahabat dan taulanku. kau besarkanlah jihad mereka dan bantulah mereka menghadapi ujian di duniaMu. kau terangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu untuk diamalkan dan disebarkan di muka bumiMu.

ya Allah, sampaikanlah salamku kepada para sahabat dan sebesar salamku kepada Nabi Muhammad S.A.W kekasihMu.

aku masih hijau. aku masih mentah. tidak matang akal dan sifat. aku perlu belajar. kawal emosi.

Saturday, September 8, 2012

letih

kadang-kadang aku terasa macam aku yang terhegeh-hegeh dalam persahabatan. tak bermakna eh salam sahabat yang aku hulur?

Friday, August 24, 2012

shalala raya.

assalamualaikum. hi. happy eid! may Allah blessed our syawal and ramadaan. may we meet again. may our shares here and after conserved. may our PAHALA top up and reduced our sins. may world still able to hold us, the slaves of Allah. 

raya tahun ni sangat bermakna. aku beraya dengan ayah baru! heee. atleaasst aku ada ayah. tak rasa lengkap, tapi kekosongan terisi. syukur apa ada. 

and amazingly, i got 5 new siblings!!!! 
; lelaki, form 4
; perempuan, form 3
; lelaki, standard 5
; lelaki, tadika kott.
; perempuan, 9 bulan.

9 MONTHS laa wei adik aku paling kecil. tak sangka gilaa. WHY I DON'T HAVE BIG BROTHER? punya laa banyak adik. -.- haih.


first syawal, with my dearest cousin.


ekeke. kebaya wokk.
anak dara bila melaram :D

raya pertama. rumah tok nek >> ruah tok teh >> tok cik >> pakngah >> ayah cik (ayah baru). hee. lima rumah je kan??? aku habis raya pukul 8 malam -.- jadah satu rumah lepak tiga empat jam. orang tua kalau dapat bersogheehh.. penat nak mampus raya pertama tuhan saja tahu. malam tu, semua orang take turn jamban. haha. perut main konsert rock!

raya kedua, sambut oghe datang rumah je. ingat nak lepak pangkor tapi semua taknak. dah malam baru menyesal tak gi pangkor. pergh. aku punya teringin nak ke pangkor. nak jumpa abang is dengan abang sham. wuuu. bila la dapat jumpa diorang. :(


third syawal, with my cutest little bro.

raya ketiga, kuala kangsar! lepak kampung laneh. kampung pokde aku. seronok ada air terjun. weee. aku tak mandi tapi aku sakan bergambar. haha. balik penat doe. taktaw aku buat apa kat sana.

nice syawal. hope tahun depan jumpa lagi. syawal, ikatan kekeluargaan seperti untaian tasbih, dimulakan dengan bismillah, diakhiri dengan insyaAllah :)

Saturday, August 11, 2012

haih. comot comot.

comot gadis biasabiasa. nak kata reti masak, entah laa. nak kata reti melawa, hmpph, jauh air dari api. otak geliga, tapi pemalas sungguh. pun begitu, ramai sungguh lelaki yang berhasrat menjadikan comot sebagai teman, awek, teman tapi mesra dan seangakatan dengannya. ada lagi tu siap nak hantar rombongan menikah! rimasnya.




comot dah ada pakwe. budak mana tah. but comot taktahu laa, kenapa dia rasa biasa biasa je dengan si pakwe ni. rindu pun tak, sayang tu, entah la. tak berani jamin. takut laa kan kalau comot buta hati tak dapat nilai hati sendiri. tapi setakat ni, ZERO.

comot ada crush dekat institusi j yang baru sebulan lebih ditinggalkan, comot laa yang crush kat dia. eheh. biasa laa, saat saat 18 tahun kan, hormon adrenalin dan apa entah lagi hormon membuak-buak keluar membuatkan terpandang kucing pun tersengih macam siput.

ganteng, si crush itu, dilihat comot sangat bersinar sinar wajahnya. mungkin dengan air wuduk, alhamdulillah, mungkin juga ganteng memakai olaymen. walaupun kalau dilihat pada mata kasar, ganteng itu tidak laa seganteng mana, hitam, tinggi, dan kurus, tapi mata hati tak pernah menipu.



dan comot lagi gembira bila dapat tahu si ganteng itu satu group dengannya! apa lagi, terus senyum kambing persis kerang busuk laa si comot. yelaa, cuba bayangkan pujaan hati ditakdirkan satu kelas satu baju satu kereta satu malaysia dengan kita. seronok wei!

memandangkan si comot ni sempoi sempoi orangnya, dia berusaha mendekati ganteng dengan cara halimunan. macam mana? setiap kali ganteng duduk depan di seat hall, pasti si comot akan suggest kepada kawan kawannya,

jom duduk depan, aku silau la. lagipun banyak ilmu dapat.

padahal diri sendiri tahu takpernah duduk hadapan waktu waktu sekolah dulu. dan dibekalkan ilmu pengaruh yang cukup besar, semua rakan rakannya, 8 orang semuanya pun memenuhi barisan keempat dihadapan lecture hall. belakang seat ganteng. tak dapat tengok muka direct, dapat tengok rambut pun jadi laa kan.

kemaruk comot pada si ganteng sangat ketara, tapi biasabiasa je pada orang lain, berbekalkan muka comot, dan boleh kawal ekspresi muka dengan baik sekali, comot berjaya menyimpan isi hatinya berminggu minggu! sementara itu comot telah pun bertegur sapa dengan ganteng. 

dan walaupun setakat member, tapi itu cukup mengembirakan hati comot! tak jadi awek takpe, janji dapat kenal. lagipun comot sedar, dia sudah berpunya. punyaan lelaki yang belum pasti menjadi suami atau sekadar destini sementara.

hari hari berlalu seperti biasa, namun bermakna buat comot. comot dan ganteng telah menjadi kawan baik, yang kamceng sekepal laa wa cakap sama lu. dan hati comot yang mulanya crush dengan ganteng, telah mula berubah telah mula sedar, kami kawan. dan apabila ganteng mengaku sudah mempunyai cewek, dia terima dengan reda.



nenek pernah cakap, jangan suka sangat. bila dah tahu baik buruk, mula laa hati berkatakata. mula laa menyesal, mula laa pergi pada yang lain. haa. dengar tu comot. comot mengangguk.

pada petang jumaat setelah berminggu-minggu di institusi j, comot mendapat tawaran ke institusi x dengan biasiswa y. hal ini sangat mendukacitakan. memang laa, siapa tak seronok dapat tajaan, tapi itu bermakna, dia akan jauh dari ganteng.

ganteng, aku dapat tajaan y doe. sekarang aku dilema, nak pergi ke tak. hmm.

alaa, kau pergi je laa. untuk kebaikan kau juga. :) untung laa. aku tak dapat. aku nak. tapi apa nak buat. kau pergi je kay.

ada benarnya kata-kata ganteng. walaupun kawan kawan yang sudah maklum turut memberikan pandangan yang sama, namun apabila katakata itu dari ganteng, dia mengakuinya. hailaa hati.

comot, kalau kau dah takde nanti, sunyi laa aku. takde siapa nak gaduh dengan aku.

comot sebak. walaupun tak menjadi awek ganteng, namun mereka sudah seperti adik beradik. bertikam lidah harihari, mengambil berat tak lupa juga. comot tak daya membalas pesanan ringkas ganteng. dan ia tidak berbalas sampai laa hari terakhir comot disitu.

sekarang, setelah sebulan berlalu. comot masih tak dapat melupakan ganteng. terasa kehilangan. ditempat barunya, tiada yang seperti ganteng. semua cuba mengejarnya, seperti biasa. tidak seperti ganteng. menghulurkan salam persahabatan yang amat bermakna.

mereka masih bertegur sapa di facebook. kadangkala mesej sampai larut malam. seperti biasa, seperti adikberadik, seperti kawan, seperti tiada apa. mengundang senyuman di wajah comot tanpa disedari.

dah pagi. kau pergi laa tidur. 

ah kau ganteng. aku tengah main game. senyap.

dah malam dah ni.

sorry, dah pagi.

eeeyyaai. aku ketuk jugak kepala kau.

haha. berani ke ganteng nak ketuk ketuk kepala ni? poyo je lebih mamat ni.

whatever.

dah stop main game tu. dah pukul 2 pagi ni.

taknak.

kau ni, pergi tidur sayang.

BANG!!! tertembak hati comot. 

kadang hati diminta mengerti, tapi tuan buat buat tak reti. :)

think


the 'past' can never be recovered. no matter how you do, past is a past.

Friday, August 10, 2012

i am here!

peh! aku ingat aku takkan bukak da blog ni. berhabuk! ewwww. haish. sejak masuk IB ni, hidup aku kucar kacir dah. macam macam hal berlaku. 

contoh 
; setiap minggu kepala aku pecah dengan lab report,
; math high level
; physics macam harrem
; kolej aku macam sekolah. alhamdulillah -.-
; sini bebudak skema gila

dan banyak kerja bodoh aku dah buat. 

contoh
; sewa kereta berhajat nak ke kl, OUTING. tapi akhirnya ak tidur kat kl. mak aku taktahu langsung
; ponteng usrah. astaghfirullah.
; berniaga bazar ramadan kat kolej. penat ya rabbi.
; meneruskan hobi lama - dengar lagu, puisi,
; rembat motor makcik nunun pergi bazar bukit changgang. haha. ni lawak.

dan aku mengisi masa lapang yang teramat lapang walhal kerja menggunung membintang. haaih.

i am taking IB at the best IB world school at MARA banting College. believe me, we are number one for our academic as well as third world school if you are looking us from he facilities. macam sekolah kampung ja tempat aku. haha. 

2 years more fara. 2 years. chillek. tuhan dah takdirkan kau kat sini. ALHAMDULILLAH.


kawan kawan yang duk usha blog saya tapi tak follow tu, ( haha kantoi. taknak sebut nama :P )
doakan saya kuat kat sini. i do want to find a turning point of my life here before i can fly somewhere around this vulverable. doakan saya dekat dengan Allah yang Maha Esa. 

do you wondered how the world look from the eye of a bird

the bird can see the beautiful of universe
and he said
 "alhamdulillah, God, you still give me a time to see Your beauty"
and when he saw the flaw of human done and keep doing
he said
 "God, are you let me see this to commented on my mistakes? forgive me my Lord. forgive me"
and the tears fall.


i wish i could be one.

Tuesday, June 19, 2012

termenung

kosong aku melihat langit biru
tiada awan berarak
angin pun tiada menyapa pipi
kosong sekosong minda
tepu bagai tiada ruang
namun tiada apa boleh dikeluarkan


apakah nasib aku lima tahun depan
sepuluh tahun depan
kahwinkah aku? atau mungkin masih sibuk mengejar dunia
tidak tergapai mindaku
sedangkan hari esok tidak terduga


ah, untuk apa mengenang hari esok kalau harini aku tiada apa
harini aku bukan sesiapa
harini aku hanya hamba hina
mengharap syurga tanpa ikhtiar
aku kerdil berlagak gagah
jiwa memberontak terasa dikongkong, konon
padahal syaitan duk goda sini sana
hembus kata lagha dalam hatiku ini itu
aku tahu, aku tahu semua itu
tetapi aku tetap layan hanyut
sampai aku lemas tidak bersambut


siapalah aku mengenang hari esok
andai harini aku bukan aku.


bosan nak mampus sekarang ni.
-_________________-


Thursday, June 14, 2012

disko

aku masih berdiri meniliti
ruang udara dicemari rencak rancak lagu disko
melihat melayu berlenggok badannya
liuk sini liuk sana 
ya aku tersedar itu melayu
lincahnya gerak badannya
sampai kepala digoyang bagai digoncang
itu melayu
yang punggungnya digesel 
ke kaki lelaki entah siapa tahu
mungkin teman lama mungkin baru sahaja
mungkin entah siapa
tiada rasa marah dalam hati
hanya simpati
simpati yang semakin melayu

Wednesday, June 13, 2012

GROWING.

currently i stuck here, at the last barrier of malay people,



universiti teknologi mara, uitm
kampus puncak alam, foundation in engineering,



sambil cycling kat atas machine gi gymm
am i growing?


no more spoon feed,
no more 10 times repeat for a lecture,
no more sleeping head,
no more TUANG,
no more MALAS.

aku BUDAK ASASI. yeah.


everything here by yourselves,
even me start using English as one of my medium talking, writing,
and HEARING.



faculty area. UNGU. iloike.

thank goodness aku still ada hearing skill
kalau tak, nga nga nga nga laa aku time math lecture,
fully english doh lecturer aku.
fuhh.



kolej, or kami panggil RUMAH.
ala ala apartment,

ahaa, dan nasib baik aku duduk asrama 5 tahun,
aku bersyukur laa dapat rumah ala apartment ni,
even certain student keep complaining here and there,
AKU SANGAT SELESA DISINI.


korang taktau, dulu nak mandi pun berebut tandas, main after je,
tandas pun sumbat, takung sana sini
tapi kat sini aku okay je, tak paham kenapa orang asyik merungut tandas kecik,
weh, bukan semua kelas pagi kot.
hei, try to living with APA SAHAJA YANG KAU ADA laa,

paling menggeletek hati,
one of my housemate of my previous school friend, asked her
" macam mana nak basuh baju? "
gosh. nasib baik bukan aku di situ,
kalau tak memang aku gelak haru laa.


yeah, mostly homer student, tak biasa asrama,
dah biasa semua benda ada kat rumah, 
now is the best time to be independent kot.
dah besar, takkan nak layan leleh kot jauh dari mak bapak, KENTAL LAA WEH.






tapi jangan jadi macam aku, 
for the five years aku duduk asrama,
sekarang balik rumah macam takde feel ja,
bosan, kosong, and best bila mak aku balik kerja ja
time aku tinggal sorang, mula laa hati rasa nak keluar je, 
hangout laa mana mana, habis kan duit. haha


but hei, not bad laa PALAM.
suasana bukit, pagi pagi nyaman ja, bahagia turun tangga batu caves,
sejuk, kadang kadang berkabus sikit, 
bila tengah hari dia agak panas, sangat panas actually,
and boleh laa balik rumah kalau tiada kuliah,


TAPI MASA NAIK, KAU RASA LUTUT KAU LONGGAR WALAUPUN KAU BERJALAN PERLAHAN LAHAN.



ni haa tangga batu cave tu.

taknak jalan kaki? rm1 bas rapid, kalau nasib baik bas uitm FOC.


i am having a good time here. still first week of lecture,
aku dah boleh bayangkan hellish week will follow on.
lab report, evaluation, math, assingments and more assignments.
sekarang aku menunggu, nanti aku merasa. haha.


okay. TUTORIAL CHEMISTRY IS WAITING FOR ME. haha.

Sunday, June 10, 2012

cetusan

hati kadang kadang mengelirukan
kadang terasa benar
kadang terasa seakan pudar
apakah syaitan mengganggu akal
atau kebenaran seakan tidak mahu mencelah


aku keliru
mungkin aku patut putih,
dalam suci ia meyakinkan
dalam tenang ia sangat tegas


atau mungkin aku patut hitam
gelap tiada siapa dapat menebak
isi hati rawanku
kepala idea bernasku


ah, kadangkala,
cetusan hati mengelirukan



Saturday, May 26, 2012

syukur,

banyak yang aku nak aku dapat, 

nak duit aku kerja, dapat la duit,
nak makan aku order, dapat la makan,
nak topup aku hulur rm10 - kak, maxis sepuluh- kredit aku naik,

dan pabila aku harap aku dapat, aku tak dapat.

orang kata rezeki takda. takpa lah, bersyukur la mana ada kan, mungkin bukan di situ tempat aku. mungkin tempat lain, mungkin aku tersalah simpang.


tapi yela, siapa tak frust tak dapat apa kau nak wei.


macam ni la, Allah dah tentukan dah mana laluan kita, destinasi satu tapi jalan ada banyak,
highway, biasa, jalan kampung, jalan air. haa. highway pun bermacam highway dah sekarang, jalan kampung pun, berjuta kampung ada kat dunia ni, jalan air? peh, luas doh lautan bumi.


atau redah hutan ke, jumpa pokok ni, terus, pokok ni belok, terjumpa tapak kaki, padankan, eh, sama size lah dengan kaki kita. haha. dah main u-turn la tu. 


terpulang padaNya mana nak letak kita, bersangka baiklah pada DIA, hanya dia tahu masa depan, masa silam dan siapa kita di hari esok.


manatahu kau redah hutan, shortcut terus ke destinasi kau?? haha.


Wednesday, May 23, 2012

cinta plastik.

tahu tak apa itu cinta plastik? tahu apa itu cinta? apa itu plastik?

cinta itu perasaan, sayangnya, sukanya, comelnya, bestnya, ohmaiAllah, wow, aduh cairnya aku, peh, tenangnya, bahagianya, dan seumpamanya.

plastik itu adalah objek yang transparent, atau bahasa melayu nya, boleh ditembus, licin permukaannya, banyak didapati di dunia ini dan paling penting murah. sebab tingkap plastik lagi murah dari tingkap kaca. 

maka cinta plastik? dah boleh agak dah kan? heee. 
cantik pabila plastiknya berwarna, licin permukaannya, boleh nampak luar dalam, tapi sayang murah sungguh harganya, apatah lagi senang dimiliki orang kebanyakan, 
kalau dicampak tepi pun, pasti ada yang mengutipnya, iya lah, cantik bukan, walaupun murah, tapi siapa TAKNAK FREE. funtion pun banyak. kegunaannya.

maka, adakah cinta kamu untuk dipergunakan? i repeat, DIPERMAINKAN?
no way. aku taknak, i bet the same feeling for all of you. siapa nak cinta dia dipermainkan, walaupun player, sering mempermainkan orang, namun apabila si dia yang betul dia cinta mempermainkan cintanya, pasti remuk hati kacanya, berderai tak mungkin bersatu kembali.

pakai gam uhu gam gajah pun tak jalan.

so, the moral of the story, aahh, not a story, a fact, upkan la sikit harga cinta anda. jadilah seperti cinta khadijah kepada nabi muhammad s.a.w, jadilah cinta saidina ali kepada fatimah, kekal  sampai akhir hayat, kekal sampai ke syurga. insyaAllah.




* mafhum hadis ; bagi perempuan, sekiranya kamu tidak mahu menerima seorang lelaki menjadi suamimu, maka tinggikanlah wang mas, sampai dia tidak mahu membayarnya. tetapi, sekiranya kamu ingin lelaki itu menjadi suamimu, maka rendahkanlah wang masmu, untuk mempermudahkannya memiliki kamu.

HADIS NI GUNA BILA KORANG NAK KAWIN OKAY. BUKAN JUAL BADAN. thankyou.  :)

rasa hati.

pernah tak rasa macam ni ;
-aku tak pasti dia untuk aku atau tidak, yang pasti aku tak mahu kehilangan dia.


atau rasa macam ni ;
-aku taktau aku sayang dia ke tak, rasa macam sayang, tapi tak teruja sangat pun,
macam tetiba datang, tetiba pergi

atau macam ni ;
-selalunya aku takboleh terima orang tegur aku, tetapi kenapa dia aku boleh?

atau terasa ini ; 
-kenapa aku tersenyum sesorang ni bila baca mesej dia? bukannya dia buat lawak pun.


atau ;
- ya Allah. diakah untuk aku?

sayang, sekiranya dia yang anda mahu, sekiranya dia yang anda sayang, 
sandarkan sayang anda kepada tuhan yang maha esa. tapi biarlah engkau benar benar mencintainya. bukan sekadar mempermainkan hatinya.


doa ; 
ya Allah, sekiranya dia *nama dia* itu untuk aku, maka kau jauhkanlah zina dari kami, kuatkanlah jodoh kami, sesungguhnya aku sayangnya keranaMu, berikanlah kekuatan kepada setiap dari kami untuk terus bersama, tetapi seandainya dia bukan untukku, tidak tertulis di takdirMu jodohku, maka kau lindungilah dia, berikanlah dia pelengkap yang sebaiknya, lebih baik dari aku.


He knows the best for us. amin. 

Saturday, May 12, 2012

adab di pasaraya,

ni la aku nak tegur buat semua warga malaysia yang membeli belah di segala pusat membeli belah di malaysia tercinta ini.

* troli bukan untuk playground anak anak okay. aku dah banyak kali tengok troli terbalik dengan budaknya sekali. kepala berdentum lantai. pegang laa troli tu elok elok ya.
* agak agak kalau traffic jammed dalam market tu takyah nak mengamuk buat muka tahi la. kalau nak jalan senang lenang kau datang laa time solat jumaat. takda orang -.- nak main bola kat line pun boleehhh.
* kalau tak jumpa barang boleh la tanya kat staf staf okay. tapi jangan pelik laa kalau kau tanya promoter, dia pun taktau. sebab most promoter kat situ part time sahaja. bukan permanent. takda kerja nak ambil tahu semua benda dalam market tu.
* kalau ada makan minum yang try try tu dalam market tu, minta kerjasama buang sampah kat tong sampah. tak pun dalam troli. kalau tak habis jangan main letak ja dekat shelf barang, dekat block, di sebalik kotak. haiseh. kalau tertumpah kotor. didik laa anakanak dan jadilah contoh yang terbaik. kalau ternampak bakul kosong takpayah laa nak baling cawan kosong tu gaya kau tujah dahi orang. aku yang tengok pun menyampah. tong sampah disediakan laa brader.
* kalau taknak rasa makanan minuman yang dioffer, takpayah nak buat muka tahi laa kan. chillek dan senyum. cakap 'terima kasih, tapi saya tak ambil makanan ini' or something polite. kan bagus kalau macam tu. aku pun senang hati ja tengok. hihi

kan kita duduk satu negara, so pepandai laa bawak diri,
bak kata orang tua, orang berbudi, kita berbahasa, kan kan??
customer is always right, <---- ini slogan sesangat laa samdol.
ini baru : customer will be always right if he have the sense of logic.
alhamdulillah, ciaww. ^ ^

Thursday, May 3, 2012

dia jatuh cinta?

okay. kau -perempuan okay- ada kawan lelaki, yang mula mula kawan je,
rapat, selalu berkongsi cerita ini itu.


tapi tiba tiba kau terasa sayang pulak kat dia,
dan kau keliru, dia sayang ke tak?
haaa. mesti hati tu rasa macam tak tenteram kan kan?


girls, ada banyak tanda dia jatuh cinta dengan kita. hewhew. mahu tahu?


1 ; dia akan pandang kita, tengok anak mata kita bila kita bercakap, walaupun kita cuba untuk tak pandang dia. hoho. cuba balas balik, nanti dia pulak yang melarikan anak matanya. ouh comelnya.


2 ; dia akan cuba mengambil tahu apa sahaja tentang kita. umur, kampung, kegemaran, pendapat, impian, cita cita, nak apa, our desires, our planning for future. haha. percaya lah lelaki ini menyayangi anda.


3 ; dia tak kisah berjumpa dengan kawan kita ataupun dengan kawan dia. walaupun korang tak declare couple, tapi dia bangga bersama kita lagi lagi depan kawan kawannya. buat peringatan laa, 'perempuan ni aku dah cop awal awal' haha. lebih kurang.


4 ; dia sentiasa menggembirakan hati kita. dia treat kita macam member baik. kalau kita gembira, dia pun gembira. kalau kita menangis dia akan buat kita sampai gelak. haa. kan bagus macam tu. means dia care pasal kita. and make sure kita happy selalu.


5 ; dia sangat suka habiskan masa dengan kita. yess. ini sangat jelas. contohnya anda ditempat kerja yang sama tapi berlainan waktu rehat. dia sanggup rehat sekejap semata mata lepas tu dia nak jumpa kita. kadang kadang lunch sama sama. walaupun member ajak, tapi dia tetap nak bersama dengan kita.


6 ; DIA TAK AMBIL KESEMPATAN. nak pegang lah, raba lah cium lah. girls, itu lelaki, just want to toying with us okay. pleasee beware. kalau betul dia sayang, dia akan jaga kita even kita belum tentu lagi bersama dengan dia.


7 ; most importantly -- your girl's intuition can tell that. 


ada banyak lagi tanda tapi tak terlintas lagi. 
ni spontan lah aku main taip je.
mengikut pengalaman sendiri dan teman teman,


well, goodluck.
jaga hati jaga iman okay.

Friday, April 20, 2012

memang.

memang macam nak baling kasut bila dia sentiasa menyalahkan orang,
menunding jari satu tanpa sedar empat jari berpatah balik kearah dia,
semua salah, itu salah ini salah,
itu tak kena ini tak kena,

lag macam nak hentak kepala dia bila cakap riak takbur konon hebat,
dialah tu dialah ni, aku dapat itu aku dapat ini,
aku tak sangka aku teruja, aku ja boleh takda orang lain dah yang boleh,
waw bos minta tolong aku direct, aku dipercayai,

weh budak hingus hijau
aku pun hero laa dalam life aku
I am the main character in my scene
kau hanya wallpaper,
yang dulu aku ingat mampu menjadi pelakon pembantu
tapi selepas itu koyak rabak diganti baru,

hah kau memang hanya wallpaper sebenarnya.

Tuesday, April 17, 2012

aku nyanyi laguku

irama rindu padamu
aku nanyi melodi
oh sayup suara hati


tiba hujan merintik melebat
kita menari cha cha tralalala
kau basah dengan gembira
senyumanmu mengusik jiwaku
lirikan matamu menebak hatiku


waktu bagai terhenti terjeda
kau pegang erat tanganku
kucupan kudus disitu
hati terasa luruh 
oh lalalala


sayang
kan kubawa dirimu
walau ke langit biru
aku sanggup


cinta 
kan kukunci hatiku
hanya kamu yang bisa 
menggodam membukanya



cintaku kuperlukan dirimu
tiada saat kau menjauh
akan bersaksikan bukan
akan dibicarakan bintang



aku janji sayang
hanya kamu seorang


fara, 19;54 17 april, 2012