Tuesday, June 19, 2012

termenung

kosong aku melihat langit biru
tiada awan berarak
angin pun tiada menyapa pipi
kosong sekosong minda
tepu bagai tiada ruang
namun tiada apa boleh dikeluarkan


apakah nasib aku lima tahun depan
sepuluh tahun depan
kahwinkah aku? atau mungkin masih sibuk mengejar dunia
tidak tergapai mindaku
sedangkan hari esok tidak terduga


ah, untuk apa mengenang hari esok kalau harini aku tiada apa
harini aku bukan sesiapa
harini aku hanya hamba hina
mengharap syurga tanpa ikhtiar
aku kerdil berlagak gagah
jiwa memberontak terasa dikongkong, konon
padahal syaitan duk goda sini sana
hembus kata lagha dalam hatiku ini itu
aku tahu, aku tahu semua itu
tetapi aku tetap layan hanyut
sampai aku lemas tidak bersambut


siapalah aku mengenang hari esok
andai harini aku bukan aku.


bosan nak mampus sekarang ni.
-_________________-


Thursday, June 14, 2012

disko

aku masih berdiri meniliti
ruang udara dicemari rencak rancak lagu disko
melihat melayu berlenggok badannya
liuk sini liuk sana 
ya aku tersedar itu melayu
lincahnya gerak badannya
sampai kepala digoyang bagai digoncang
itu melayu
yang punggungnya digesel 
ke kaki lelaki entah siapa tahu
mungkin teman lama mungkin baru sahaja
mungkin entah siapa
tiada rasa marah dalam hati
hanya simpati
simpati yang semakin melayu

Wednesday, June 13, 2012

GROWING.

currently i stuck here, at the last barrier of malay people,



universiti teknologi mara, uitm
kampus puncak alam, foundation in engineering,



sambil cycling kat atas machine gi gymm
am i growing?


no more spoon feed,
no more 10 times repeat for a lecture,
no more sleeping head,
no more TUANG,
no more MALAS.

aku BUDAK ASASI. yeah.


everything here by yourselves,
even me start using English as one of my medium talking, writing,
and HEARING.



faculty area. UNGU. iloike.

thank goodness aku still ada hearing skill
kalau tak, nga nga nga nga laa aku time math lecture,
fully english doh lecturer aku.
fuhh.



kolej, or kami panggil RUMAH.
ala ala apartment,

ahaa, dan nasib baik aku duduk asrama 5 tahun,
aku bersyukur laa dapat rumah ala apartment ni,
even certain student keep complaining here and there,
AKU SANGAT SELESA DISINI.


korang taktau, dulu nak mandi pun berebut tandas, main after je,
tandas pun sumbat, takung sana sini
tapi kat sini aku okay je, tak paham kenapa orang asyik merungut tandas kecik,
weh, bukan semua kelas pagi kot.
hei, try to living with APA SAHAJA YANG KAU ADA laa,

paling menggeletek hati,
one of my housemate of my previous school friend, asked her
" macam mana nak basuh baju? "
gosh. nasib baik bukan aku di situ,
kalau tak memang aku gelak haru laa.


yeah, mostly homer student, tak biasa asrama,
dah biasa semua benda ada kat rumah, 
now is the best time to be independent kot.
dah besar, takkan nak layan leleh kot jauh dari mak bapak, KENTAL LAA WEH.






tapi jangan jadi macam aku, 
for the five years aku duduk asrama,
sekarang balik rumah macam takde feel ja,
bosan, kosong, and best bila mak aku balik kerja ja
time aku tinggal sorang, mula laa hati rasa nak keluar je, 
hangout laa mana mana, habis kan duit. haha


but hei, not bad laa PALAM.
suasana bukit, pagi pagi nyaman ja, bahagia turun tangga batu caves,
sejuk, kadang kadang berkabus sikit, 
bila tengah hari dia agak panas, sangat panas actually,
and boleh laa balik rumah kalau tiada kuliah,


TAPI MASA NAIK, KAU RASA LUTUT KAU LONGGAR WALAUPUN KAU BERJALAN PERLAHAN LAHAN.



ni haa tangga batu cave tu.

taknak jalan kaki? rm1 bas rapid, kalau nasib baik bas uitm FOC.


i am having a good time here. still first week of lecture,
aku dah boleh bayangkan hellish week will follow on.
lab report, evaluation, math, assingments and more assignments.
sekarang aku menunggu, nanti aku merasa. haha.


okay. TUTORIAL CHEMISTRY IS WAITING FOR ME. haha.

Sunday, June 10, 2012

cetusan

hati kadang kadang mengelirukan
kadang terasa benar
kadang terasa seakan pudar
apakah syaitan mengganggu akal
atau kebenaran seakan tidak mahu mencelah


aku keliru
mungkin aku patut putih,
dalam suci ia meyakinkan
dalam tenang ia sangat tegas


atau mungkin aku patut hitam
gelap tiada siapa dapat menebak
isi hati rawanku
kepala idea bernasku


ah, kadangkala,
cetusan hati mengelirukan