Saturday, May 26, 2012

syukur,

banyak yang aku nak aku dapat, 

nak duit aku kerja, dapat la duit,
nak makan aku order, dapat la makan,
nak topup aku hulur rm10 - kak, maxis sepuluh- kredit aku naik,

dan pabila aku harap aku dapat, aku tak dapat.

orang kata rezeki takda. takpa lah, bersyukur la mana ada kan, mungkin bukan di situ tempat aku. mungkin tempat lain, mungkin aku tersalah simpang.


tapi yela, siapa tak frust tak dapat apa kau nak wei.


macam ni la, Allah dah tentukan dah mana laluan kita, destinasi satu tapi jalan ada banyak,
highway, biasa, jalan kampung, jalan air. haa. highway pun bermacam highway dah sekarang, jalan kampung pun, berjuta kampung ada kat dunia ni, jalan air? peh, luas doh lautan bumi.


atau redah hutan ke, jumpa pokok ni, terus, pokok ni belok, terjumpa tapak kaki, padankan, eh, sama size lah dengan kaki kita. haha. dah main u-turn la tu. 


terpulang padaNya mana nak letak kita, bersangka baiklah pada DIA, hanya dia tahu masa depan, masa silam dan siapa kita di hari esok.


manatahu kau redah hutan, shortcut terus ke destinasi kau?? haha.


Wednesday, May 23, 2012

cinta plastik.

tahu tak apa itu cinta plastik? tahu apa itu cinta? apa itu plastik?

cinta itu perasaan, sayangnya, sukanya, comelnya, bestnya, ohmaiAllah, wow, aduh cairnya aku, peh, tenangnya, bahagianya, dan seumpamanya.

plastik itu adalah objek yang transparent, atau bahasa melayu nya, boleh ditembus, licin permukaannya, banyak didapati di dunia ini dan paling penting murah. sebab tingkap plastik lagi murah dari tingkap kaca. 

maka cinta plastik? dah boleh agak dah kan? heee. 
cantik pabila plastiknya berwarna, licin permukaannya, boleh nampak luar dalam, tapi sayang murah sungguh harganya, apatah lagi senang dimiliki orang kebanyakan, 
kalau dicampak tepi pun, pasti ada yang mengutipnya, iya lah, cantik bukan, walaupun murah, tapi siapa TAKNAK FREE. funtion pun banyak. kegunaannya.

maka, adakah cinta kamu untuk dipergunakan? i repeat, DIPERMAINKAN?
no way. aku taknak, i bet the same feeling for all of you. siapa nak cinta dia dipermainkan, walaupun player, sering mempermainkan orang, namun apabila si dia yang betul dia cinta mempermainkan cintanya, pasti remuk hati kacanya, berderai tak mungkin bersatu kembali.

pakai gam uhu gam gajah pun tak jalan.

so, the moral of the story, aahh, not a story, a fact, upkan la sikit harga cinta anda. jadilah seperti cinta khadijah kepada nabi muhammad s.a.w, jadilah cinta saidina ali kepada fatimah, kekal  sampai akhir hayat, kekal sampai ke syurga. insyaAllah.




* mafhum hadis ; bagi perempuan, sekiranya kamu tidak mahu menerima seorang lelaki menjadi suamimu, maka tinggikanlah wang mas, sampai dia tidak mahu membayarnya. tetapi, sekiranya kamu ingin lelaki itu menjadi suamimu, maka rendahkanlah wang masmu, untuk mempermudahkannya memiliki kamu.

HADIS NI GUNA BILA KORANG NAK KAWIN OKAY. BUKAN JUAL BADAN. thankyou.  :)

rasa hati.

pernah tak rasa macam ni ;
-aku tak pasti dia untuk aku atau tidak, yang pasti aku tak mahu kehilangan dia.


atau rasa macam ni ;
-aku taktau aku sayang dia ke tak, rasa macam sayang, tapi tak teruja sangat pun,
macam tetiba datang, tetiba pergi

atau macam ni ;
-selalunya aku takboleh terima orang tegur aku, tetapi kenapa dia aku boleh?

atau terasa ini ; 
-kenapa aku tersenyum sesorang ni bila baca mesej dia? bukannya dia buat lawak pun.


atau ;
- ya Allah. diakah untuk aku?

sayang, sekiranya dia yang anda mahu, sekiranya dia yang anda sayang, 
sandarkan sayang anda kepada tuhan yang maha esa. tapi biarlah engkau benar benar mencintainya. bukan sekadar mempermainkan hatinya.


doa ; 
ya Allah, sekiranya dia *nama dia* itu untuk aku, maka kau jauhkanlah zina dari kami, kuatkanlah jodoh kami, sesungguhnya aku sayangnya keranaMu, berikanlah kekuatan kepada setiap dari kami untuk terus bersama, tetapi seandainya dia bukan untukku, tidak tertulis di takdirMu jodohku, maka kau lindungilah dia, berikanlah dia pelengkap yang sebaiknya, lebih baik dari aku.


He knows the best for us. amin. 

Saturday, May 12, 2012

adab di pasaraya,

ni la aku nak tegur buat semua warga malaysia yang membeli belah di segala pusat membeli belah di malaysia tercinta ini.

* troli bukan untuk playground anak anak okay. aku dah banyak kali tengok troli terbalik dengan budaknya sekali. kepala berdentum lantai. pegang laa troli tu elok elok ya.
* agak agak kalau traffic jammed dalam market tu takyah nak mengamuk buat muka tahi la. kalau nak jalan senang lenang kau datang laa time solat jumaat. takda orang -.- nak main bola kat line pun boleehhh.
* kalau tak jumpa barang boleh la tanya kat staf staf okay. tapi jangan pelik laa kalau kau tanya promoter, dia pun taktau. sebab most promoter kat situ part time sahaja. bukan permanent. takda kerja nak ambil tahu semua benda dalam market tu.
* kalau ada makan minum yang try try tu dalam market tu, minta kerjasama buang sampah kat tong sampah. tak pun dalam troli. kalau tak habis jangan main letak ja dekat shelf barang, dekat block, di sebalik kotak. haiseh. kalau tertumpah kotor. didik laa anakanak dan jadilah contoh yang terbaik. kalau ternampak bakul kosong takpayah laa nak baling cawan kosong tu gaya kau tujah dahi orang. aku yang tengok pun menyampah. tong sampah disediakan laa brader.
* kalau taknak rasa makanan minuman yang dioffer, takpayah nak buat muka tahi laa kan. chillek dan senyum. cakap 'terima kasih, tapi saya tak ambil makanan ini' or something polite. kan bagus kalau macam tu. aku pun senang hati ja tengok. hihi

kan kita duduk satu negara, so pepandai laa bawak diri,
bak kata orang tua, orang berbudi, kita berbahasa, kan kan??
customer is always right, <---- ini slogan sesangat laa samdol.
ini baru : customer will be always right if he have the sense of logic.
alhamdulillah, ciaww. ^ ^

Thursday, May 3, 2012

dia jatuh cinta?

okay. kau -perempuan okay- ada kawan lelaki, yang mula mula kawan je,
rapat, selalu berkongsi cerita ini itu.


tapi tiba tiba kau terasa sayang pulak kat dia,
dan kau keliru, dia sayang ke tak?
haaa. mesti hati tu rasa macam tak tenteram kan kan?


girls, ada banyak tanda dia jatuh cinta dengan kita. hewhew. mahu tahu?


1 ; dia akan pandang kita, tengok anak mata kita bila kita bercakap, walaupun kita cuba untuk tak pandang dia. hoho. cuba balas balik, nanti dia pulak yang melarikan anak matanya. ouh comelnya.


2 ; dia akan cuba mengambil tahu apa sahaja tentang kita. umur, kampung, kegemaran, pendapat, impian, cita cita, nak apa, our desires, our planning for future. haha. percaya lah lelaki ini menyayangi anda.


3 ; dia tak kisah berjumpa dengan kawan kita ataupun dengan kawan dia. walaupun korang tak declare couple, tapi dia bangga bersama kita lagi lagi depan kawan kawannya. buat peringatan laa, 'perempuan ni aku dah cop awal awal' haha. lebih kurang.


4 ; dia sentiasa menggembirakan hati kita. dia treat kita macam member baik. kalau kita gembira, dia pun gembira. kalau kita menangis dia akan buat kita sampai gelak. haa. kan bagus macam tu. means dia care pasal kita. and make sure kita happy selalu.


5 ; dia sangat suka habiskan masa dengan kita. yess. ini sangat jelas. contohnya anda ditempat kerja yang sama tapi berlainan waktu rehat. dia sanggup rehat sekejap semata mata lepas tu dia nak jumpa kita. kadang kadang lunch sama sama. walaupun member ajak, tapi dia tetap nak bersama dengan kita.


6 ; DIA TAK AMBIL KESEMPATAN. nak pegang lah, raba lah cium lah. girls, itu lelaki, just want to toying with us okay. pleasee beware. kalau betul dia sayang, dia akan jaga kita even kita belum tentu lagi bersama dengan dia.


7 ; most importantly -- your girl's intuition can tell that. 


ada banyak lagi tanda tapi tak terlintas lagi. 
ni spontan lah aku main taip je.
mengikut pengalaman sendiri dan teman teman,


well, goodluck.
jaga hati jaga iman okay.