Friday, April 20, 2012

memang.

memang macam nak baling kasut bila dia sentiasa menyalahkan orang,
menunding jari satu tanpa sedar empat jari berpatah balik kearah dia,
semua salah, itu salah ini salah,
itu tak kena ini tak kena,

lag macam nak hentak kepala dia bila cakap riak takbur konon hebat,
dialah tu dialah ni, aku dapat itu aku dapat ini,
aku tak sangka aku teruja, aku ja boleh takda orang lain dah yang boleh,
waw bos minta tolong aku direct, aku dipercayai,

weh budak hingus hijau
aku pun hero laa dalam life aku
I am the main character in my scene
kau hanya wallpaper,
yang dulu aku ingat mampu menjadi pelakon pembantu
tapi selepas itu koyak rabak diganti baru,

hah kau memang hanya wallpaper sebenarnya.

Tuesday, April 17, 2012

aku nyanyi laguku

irama rindu padamu
aku nanyi melodi
oh sayup suara hati


tiba hujan merintik melebat
kita menari cha cha tralalala
kau basah dengan gembira
senyumanmu mengusik jiwaku
lirikan matamu menebak hatiku


waktu bagai terhenti terjeda
kau pegang erat tanganku
kucupan kudus disitu
hati terasa luruh 
oh lalalala


sayang
kan kubawa dirimu
walau ke langit biru
aku sanggup


cinta 
kan kukunci hatiku
hanya kamu yang bisa 
menggodam membukanya



cintaku kuperlukan dirimu
tiada saat kau menjauh
akan bersaksikan bukan
akan dibicarakan bintang



aku janji sayang
hanya kamu seorang


fara, 19;54 17 april, 2012

Friday, April 6, 2012

lari,

ada masa manusia memerlukan suasana
untuk bernafas lega berfikir munasabah diri
membasuh luka tenteramkan jiwa,
terus berlari dari sesak dunia,
dari himpitan harapan manusia,
dari sifat kekejaman diri sendiri


aku mahu lari dari semua itu,
menutup pintu hati dari terbuka,
bukan aku jemu bukan aku tidak mahu
tapi aku lelah dengan debu debu yang terhidu
aku lemas,


ini serius bukan puisi yang selalu aku karang
bukan juga bicara matang 
cuma luahan hati kecil
yang patah melihat mereka
yang sialan melihat masalah
itu aku si boneka dunia,


tiang yang disangka teguh,
ranap sembah bumi di kaki






plkn, i wish for you.

gaji

sedang berborak dengan seorang akak promoter untuk syarikat tutttt, 
tetiba terkeluar topik gaji.
ini kisahnya ;


akak ; bukan apa dik, orang macam akak ni, takboleh la nak gaji lambat, anak nak sekolah, minyak motor lagi.
aku ; gaji masuk lambat ke kak?
akak ; lambat sangat, 15 haribulan hantar punchcard, 10 haribulan depan baru dapat gaji, lambat sebulan dik.
aku ; yelah, susah la macam tu,
akak ; tu yang akak terfikir nak tukar kerja tu.


(ini akak lain, pada hari yang sama)
akak ; lainlah kalau kita duduk uk. kahwin dengan orang sana and jadi warganegara dia, duit lampin susu sampai anak 18 tahun dia tanggung.
aku ; siapa tanggung?
akak ; government la!
aku ; peh kaya soit. berapa juta pulak bebudak sana. dahsyat.


membuatkan aku terfikir, yelah, aku maybe tak rasa sangat bila gaji lambat sebab aku tiada tanggungan,
tapi, aku tahu, payahnya hidup ini bila terputus duit,
anak nak sekolah, sekarang semua nak pakai duit,
buku, pen, pensel, baju koyak, kasut,
yuran, cikgu nak tu, cikgu nak ni, 
peh, baru seorang, 
mana yang setiap tahun keluar tu, haa, tepuk dahi laa kau,


aku tercampak kat sekolah orangorang kaya,
mak oi, rabak soit poket, 
habis gaji aku sebulan kerja part time form 4, tak cukup tu,
modul, special page, modul lagi, hari guru, hari itu, hari ini,
kelas kelab kertas koridor kantin makan makan makan
dan modul lagi, beratus ratus dah,
pibg yang MAHAL NAK MAM lagi
botak botak, rabak rabak, sesak sesak,
fucking nuts. 


terpaksa bagitahu mak, 
along tak cukup duit,
memang minggu depannya mak aku kasi,
memang, memang dia kasi,
tapi mana nak datang duit tu kalau aku mintak tengah bulan?


dan minggu seterusnya,
mak ; along, duit belanja ada lagi?
aku ; ada, 
mak ; berapa?
aku ; rm20
mak ; cukup tak? mama kasi rm30 lagi,
aku ; eh, takpayah laa, buat apa banyakbanyak, buat hilang je.


hakikat, dalam dombet aku tinggal rm5.
yess aku menipu. 
-__________-
*sigh


boss, gaji tu kasi awal sikit keluar okay? bukan apa, 
kalau lambat, bukan mak bapak ja pening,
anak pun sama pecah kepala.



em, kalaulah ada banyak rm macam ni.
kalaulah,

Thursday, April 5, 2012

kerusi taman itu

kau duduk bersamaku
hati terasa sesuatu
kau merapati aku
sapaan biasa dari kamu
kubalas sedaya mahu
hatiku ikut rancak berborak
bukankah kita teman biasa


tiba aku jatuh hati
hati yang rancak berkata
terhenti sendiri
terkelu aku tertanya


lirikan mata bertemu
terdiam kita membisu
namun senyuman nakalmu
tiba meruntun hatiku
tanganmu meraihku
kau cium pipiku
kau kata aishiteru
oh cairnya hatiku


kerusi taman itu
menjadi saksi aku
jatuh cinta dengan mu


fara, 2202 pm 5 april 2012

BAD BUAYAAS

kau tahu fara, kadang kadang tak semua yang dirancang menjadi,
ini kata kata seorang ABANG yang aku selalu lepak mapley.
dan ini kisahnya ;


ah, macam mana ni?
kata lelaki itu, rambut pacaknya dah hilang teguh,
buntu buntu buntu kepala si lelaki itu


lelaki itu kata, 
sayang, kereta abang road tax dah sangkut, boleh tak pinjam, 
gaji abang tak masuk lagi,
si awek tersenyum dan dia pun hulur,


lelaki itu kata lagi,
sayang, jom jalan jalan ahad ni! lama dah kita tak keluar,
pada hari berkenaan, bayang pun tara, call pun tak berlunas,
puas si awek menekan butang handphone, dah nak tercabut dah
hari berikutnya,
sorry sayang, abang demam, tak larat nak angkat call sayang,


lelaki itu kata lagi,
yang, esok abang kena pergi langkawi, ada meeting kat sana,
jangan nakal nakal tau sayang abang ni,


balik dari langkawi, lelaki itu berwajah muram,
lantas si awek terus mendapatkannya,
abang, kita berpisah,


terkejut lelaki itu,
eh sayang, jangan nak main main, abang dah la penat tak habis lagi ni,


si awek tersenyum,
tak perlulah kita bersama lagi,
duit yang saya beri saya halalkan, walaupun abang guna 
untuk tambah duit cincin awek abang lagi satu,


lelaki itu terkedu -


si awek tambah lagi,
saya juga halalkan masa yang sepatutnya kita bersama,
walaupun abang gunakan untuk teman awek abang shopping,


what?


si awek menambah lagi,
dan saya maafkan abang kerana menjadikan alasan meeting itu untuk ke langkawi
semata mata untuk holiday dengan dia,


lelaki itu merah mukanya,
hei perempuan, apa kau mengarut ni ha? aku memang ke sana sebab meeting! bukan jumpa perempuan!!


si awek itu tersenyum lantas bangun,
sebelum meninggalkan lelaki itu dia berkata,
maafkan saya abang, memang abang tak ke sana jumpa dia sebab dia tak datang pun kan?
sebab dia member baik saya, yang muncul untuk menguji hati abang,
selamat tinggal, buaya.


terhenyak lelaki itu ;


***

pemilik kisah benar ini ;;

buayas shah alam, joe. ngaha. nama dia razak actually.
diceritakan kepada aku, suatu malam tahun lepas,
di mapley shah alam, empat orang mendengar
sambil kekesalan di bening matanya,
walaupun ketawa cuba mengaburi aku,
hah, lelaki.



BAD BUAYAS ARE BULLSHITS. THROW ROCKS TO THEM. MAKE THEM DIE.


Wednesday, April 4, 2012

never

miss the opportunity to makes others happy, even you have to leave them alone in order to do it.



hai adik.

kenapa kau menangis?
gulagula kamu jatuh ya
jangan nangis sayang
aku beli gulagula baru
kongsilah bersama saudaramu,
jangan menangis sayang


hai budak,
kenapa kamu menangis lagi?
apakah kerana ibu bapa mu memukulmu lagi?
sabar sayang
kamu anak yang cerdik akalmu
dewasalah kamu
dan jadikan pengalaman kamu itu sempadan


hai abang,
aku masih melihat kamu menangis
adakah kerana dimainkan wanita?
nasib kamu memang malang
tetapi bertambah malang jika kamu membalas perbuatannya,
matanglah kamu,
menjadi lelaki yang soleh,
yang mampu membimbing wanita itu.


hai ayah,
terlihat aku setitis air mata tersorok di peluput mata,
aku tahu kamu sedih anak kamu gagal dalam kertasnya,
sabar ayah, ujian dunia semata,
didiklah dia mengatasi ujian akhirat sana,
itu lebih penting dari kredit dunia
insyaAllah siapa pun mampu menjadi anak yang berjaya


hai pemimpin dunia,
tak perlulah kau mengesat air mata,
aku tahu kamu sedih melihat rakyat kamu
bergelandangan atas kemaksiatan
walhal bawahan kamu seronok mengemas poket
penuh suapan sogokan
kopi kopi bercawan
tegaslah menegangkan benang yang basah
agar kering dan lurus semula,


hai adam,
sungguh runtun hati aku hawa,
melihat kamu dengan air mata,
tak terucap dibibirmu setiap kepayahan
jadikanlah aku hawamu
agar aku dapat meregangkan belakangmu
aku mampu melakukan separuh kerjamu
percayalah sayang aku mampu menceriakanmu
kerana aku mahu melihat kamu tersenyum kembali seperti dahulu.

jealous.


ngaha. what a joke. tapi serius all my girlfriends are like this even once.
bila boyfriend mereka jealous, they will make fun of it. then the atmosphere changed.

bila they take turn, its like a timer bomb that will explode in a any seconds!!
ngaha. tak nampak kepala dia membesar tu? mata bulat. satu badan menggigil.
and suddenly the guy seems petty, sweating hardly like in a oven.
hella. 

don't you dare to messed up with the girls, guys.
hoho.

err, aku tak laa kan. 
oh that's a bullshit fara.

dengar

lena aku sering terganggu
dengan lirikan mata hitammu
yang pernah aku terpana

dengar
terbayang aku semalam
saat kau mencium keningku
hangat dalam sejuk malam
jelas walau sebentar

dengar sayang
saat kata perpisahan terlafaz
aku terdiam termangu
betapa hati dikhianati
berpaling aku meninggalkan pergi

menangis aku kesepian

dengar
buat kamu si pencabul kata
yang terdaftar di kamus jiwa
ini lagu aku dendang
selamat tinggal sayang.

duit macam air.

habis edu fair 1 april 2012 pwtc,
aku bersama temanku rayau bangunan sebelah,
ekspo kasut internasional, 
dapat lah sebat satu kasut
jukebox full cover orange
rm20
purchased!

purse ruff 
original leather rm159,
aku beli diskaun sampai rm40
mak oi, mana hati tak runtun melihat harga merah.
purchased!

makan sunway putra
pizzahut
lepas bahagi dua
total rm18
purchased!

pastu rayau turun berjaya times square,
bank out rm50, dalam hati buat tambang konon,

mata melilau 
terlirik sebentar beg new arrival
lawa siot semua.
jalan lagi nekad pusing satu ts konon survey
akhirnya patah balik kedai first jumpa tadi.
handbag putih coklat
rm25
purchased!

tak kira tambang lagi.
pwtc sampai ts
rm1.4

ts turun kl sentral
rm2.5++

kl sentral balik shah alam
rm2.4

teksi sampai rumah
rm6

peh, sakai duit macam air.
susah bila dah belajar pegang duit
nampak pulak harga merah
aku serius runtun.

kena cari balak kaya nih.

Tuesday, April 3, 2012

surat hawa

wahai adam,

tidak aku tahu hal lelaki,
aku cuma tahu, kau mencari yang terbaik,
rusuk yang mudah dilenturkan,
yang mudah dilurus
mendengar dengan baik setiap patah kata,
akur mungkin sampai dipijak,
mungkin, tidak aku bersangka syaitan,
namun, syaitan di mana mana,

adam,
mungkin aku jelik pada pandanganmu,
sombong, ganas, kasar
garang, susah senyum and beramah mesra,
tapi adam, aku ada sebab
sebab yang kau tak perlu tahu sebenarnya,
memandangkan kau adam,
yang sedang mencari rusuk kirimu yang hilang,

ketahuilah,
aku begini supaya jauh dari perhatian kamu,
dari dilihat cantik dan digilai,
dari dikejar adam bermata perempuan,
dari tersungkur ke lubang hina,
aku rimas,
aku mahu jaga diri aku,
untuk seorang adam
yang halal untuk aku hawa

mungkin aku kasar untuk kamu,
tapi aku masih hawa,
di saat kelembutan aku kau lihat,
kau sendiri terpana,
kerana aku masih hawa,

**********************************
aku jumpa ini mana tah. 
kind of takdir, sebab aku pun macam ni,
hakhak,

semua sibuk mencari jodoh. hakikat jodoh sudah ditetapkan tuhan.
semua serahkan tentu hidayah, sedangkan hidayah tuhan perlu dicari.
ironik bukan manusia?

kawan ; tak mencari kumbang?
aku ; tak. malas doh. kau, mana bunga?
kawan ; layu dah semua. hehe.
aku ; sabar. kesian kau. haha.
kawan ; pair up dengan aku laa fara,
aku ; haha, what the fuq. takmau aku.

aku.

sini kenal aku. hakhak. lantak ini blog aku kan. 
nak mencapap aku punya suka laa kan.


i am fara. 18 years old now. 
but following my ic, i should to be 17 years, 5 months 2 days.
due to the post date laa kan,
5 minggu after this pepandai laa tambah.
hobi: makan, tidur, main basket bodoh,
hujan, head banging, sapu kelas, <--- rajin soit aku.
pastu,


haa, sekali ni ja aku letak muka cun melecun aku ni. hikhok,
hitam pulak, hakhak, baju sial labuh, takpa tak seksi tapi tudung laa singkat
hoho. L tu bai. peh, tak salu kena perli pun. -.-
oh, aku tengah buat addmath, i love addmath
sure, dia memeningkan kepala,
dan rasa macam nak hentak atas loker belakang,
everytime i can't solve the problem, tangan menggeletar marah
marah : benda ni pun sakai aku tak lepas.
haha. dulu spm punya cerita.

yess aku muda lagi. baru habis spm pun.
spm aku? not very flying colors laa.
i wish to further at UK in mechanical engineering but, tengok laa macam mana.
aku tahu spm hanya permulaan
tapi aku canggung bila semua orang nak tentukan masa depan aku.
-;-

sure diorang nak the best 
but that's for them, not me.
huahuahua.
melalut.

 


form1 till form 3 aku harian 18.
oh, aku sekolah sbpi gombak. then.
form 4 and form 5.
sekolah ini, hm, not my intention to get in. but nice la.
pffft. sini salu ja aku gelak tawa,
hah,
gambar atas, itu kelas aku,
oh miss you guys, albirunians.
and bebudak satu table all the spm hell-weeks,
jay, lan, wa, lut, mail, hair, sara, 
we were like a big family kan?
hihi, rindu kamu semua


ohhkaay. dua kali aku letak muka pffft aku. 
i just don't think sbpians style suits me well.
harian sebati dah sama aku jiwa aku,
luar sana ramai tak caya aku sbp,
kata aku sakai sangat nak sbp,
last last aku admit ja terus aku harian,
malas nak lihat garis muka tak percaya mereka,
dan kalau boleh tak mahu imej sekolah aku cemar lagi dengan aku, -.-
but, you guys revivena+, aku tak deny kamu,
kamu tetap member aku laa weh,
tegur laa aku fb. hakhak.
bapak mengemis seh aku,


oh serious.
aku rindu waktu sekolah dulu dulu.

sini

aku letak buah pandangan dan idealogi aku,
mungkin jadi pengajaran buat insan seperti aku,
aku sentiasa dengan pandangan sendiri,
kalau kau annoying aku diam menganalisa,
sebab aku percaya ada kebaikan dalam annoying kamu itu,


curse me if you don't like what i had and will throw up here.
in the first place, please don't follow this blog.
haha, takpasal otak kau sama kusam dengan aku,


hellyeah, aku kusam,
orang pandang aku jelik,
semua letak opinion aku last,
kadang terus reject when my name shows up.


hellyeah aku kusam,
letak aku tepi manusia,
sebab aku tahu,
yang judge aku Allah, tuhan aku.


kau bukan. never.