Thursday, November 21, 2013

sekolah rendah!

aku buat presentation tentang zaman sekolah rendah. peh gila rindu zaman sekolah rendah dulu. siapa tak rindu kan kan. it was the reason why my childhood is an amazing moment to be remembered.

galah panjang, rebut tiang, lompat getah, batu seremban, basikal pusing2 dataran, bola kertas, buku biodata (hikhik, aku pun ngengada jugak) and the best ; LAWAN PEMADAM LA YANG PALING EPIK. 

Allah, time is surely fly fast

dulu, i can't remember my feeling seating for exam. tetau je result aku dah cemerlang (eceh). tetau je aku dah kelas first. waktu tu, kelas first terdiri daripada golongan-golongan skema. maka, terjadinya isolation process disitu, di mana aku, budak nakal, tercampur dengan nerdy. boleh bayangkan la kan. haha. member aku semua bebudak kelas belakang. alhamdulillah aku telah pun dikurniakan otak sedia bijak sejak tadika.

waktu pjk paling best. aku sumpah gelakkan kelas yang dapat pjk hari isnin. haha kesian gilaa wey! kan isnin ada perhimpunan. aku ingat lagi, guru besar 2001-2003 cakap lama gila nak mati. slow pace like even tortoise will win over him. 

masa 2004-2006 okay laa guru besarnya. aku just benci cikgu disiplin je. oh-gila-garang dia tak menahan.selalu jugak kena rotan dedulu. tiga empat liang jugaklah aku bawak balik rumah, siap sorok dari mak tu. takut kena bebel.

darjah empat sampai enam antara waktu kemuncak sekolah rendah di mana aku menjadi tarikan ramai. ceh! oh siapa tak pandang kalau kau perempuan, budak kelas first, main bola baling sampai negeri and nakal nak mati walaupun pengawas sampai naik pentas waktu perhimpunan sebab buat kesalahan?? tell me. semua pandang aku kot. kenal siapa aku. haha.

aku antara budak yang memberikan masalah besar untuk cikgu disiplin aku yang juga merupakan coach handball aku. hah. dia torture aku atas padang, wa cakap sama lu. orang lari 5 round, aku kena 10. player lain takyah angkat dumbbell bodoh tu, tapi aku kena sebab alasan aku shooter. siut. tu la pasal aku agak kasar dan atlit ni.  

sekolah agama paling aku suka sebab aku dapat jumpa member dari sekolah sebelah. kiranya aku kenal almost semua bebudak area rumah. apa yang best? paling best bila time balik sekolah petang. BASIKAL DI WAKTU PETANG YANG DAMAI. wohoooo race la apa lagi. haha,. 

waktu ni, girls and boys equally the same. takde beza. 

but now, everything is changes. i have already someone i care a lot. i already forget those careless moment, where play is the most fundamental happiness! i already forget how is that feeling when you don't have to pay attention on what others think about you. you were yourself. 

aku lupa yang menjadi dewasa bermakna aku mula menanggung beban, masalah dan tanggungjawab yang selama ini mak ayah aku tanggung. aku mula mengerti nilai wang di samping nilai kebahagiaan. 

aku lupa, zaman sekolah rendah la yang membentuk aku siapa sebenarnya. orang-orang keliling aku waktu tu banyak berjasa pada aku. kalau coach handball aku tak dera aku, aku takkan tahu apa maknanya tanggungjawab kapten dan shooter dalam pasukan sebenarnya. aku takkan tahu apa itu beban, apa itu kawan. of course waktu tu aku tak faham. tapi berbekalkan apa yang ada, dan apa yang telah terjadi selepas itu sehinggalah sekarang, everything starts to makes sense. i was born to be a good leader, a good listener, a good friend, a good daughter, a good partner, a good lover, an a great mother (:  #eh

thank you my childhood. you are a truly great experience to have. for my heart is always with you, remember you and appreciate you. thank you.

1 comment:

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P