Saturday, August 11, 2012

haih. comot comot.

comot gadis biasabiasa. nak kata reti masak, entah laa. nak kata reti melawa, hmpph, jauh air dari api. otak geliga, tapi pemalas sungguh. pun begitu, ramai sungguh lelaki yang berhasrat menjadikan comot sebagai teman, awek, teman tapi mesra dan seangakatan dengannya. ada lagi tu siap nak hantar rombongan menikah! rimasnya.




comot dah ada pakwe. budak mana tah. but comot taktahu laa, kenapa dia rasa biasa biasa je dengan si pakwe ni. rindu pun tak, sayang tu, entah la. tak berani jamin. takut laa kan kalau comot buta hati tak dapat nilai hati sendiri. tapi setakat ni, ZERO.

comot ada crush dekat institusi j yang baru sebulan lebih ditinggalkan, comot laa yang crush kat dia. eheh. biasa laa, saat saat 18 tahun kan, hormon adrenalin dan apa entah lagi hormon membuak-buak keluar membuatkan terpandang kucing pun tersengih macam siput.

ganteng, si crush itu, dilihat comot sangat bersinar sinar wajahnya. mungkin dengan air wuduk, alhamdulillah, mungkin juga ganteng memakai olaymen. walaupun kalau dilihat pada mata kasar, ganteng itu tidak laa seganteng mana, hitam, tinggi, dan kurus, tapi mata hati tak pernah menipu.



dan comot lagi gembira bila dapat tahu si ganteng itu satu group dengannya! apa lagi, terus senyum kambing persis kerang busuk laa si comot. yelaa, cuba bayangkan pujaan hati ditakdirkan satu kelas satu baju satu kereta satu malaysia dengan kita. seronok wei!

memandangkan si comot ni sempoi sempoi orangnya, dia berusaha mendekati ganteng dengan cara halimunan. macam mana? setiap kali ganteng duduk depan di seat hall, pasti si comot akan suggest kepada kawan kawannya,

jom duduk depan, aku silau la. lagipun banyak ilmu dapat.

padahal diri sendiri tahu takpernah duduk hadapan waktu waktu sekolah dulu. dan dibekalkan ilmu pengaruh yang cukup besar, semua rakan rakannya, 8 orang semuanya pun memenuhi barisan keempat dihadapan lecture hall. belakang seat ganteng. tak dapat tengok muka direct, dapat tengok rambut pun jadi laa kan.

kemaruk comot pada si ganteng sangat ketara, tapi biasabiasa je pada orang lain, berbekalkan muka comot, dan boleh kawal ekspresi muka dengan baik sekali, comot berjaya menyimpan isi hatinya berminggu minggu! sementara itu comot telah pun bertegur sapa dengan ganteng. 

dan walaupun setakat member, tapi itu cukup mengembirakan hati comot! tak jadi awek takpe, janji dapat kenal. lagipun comot sedar, dia sudah berpunya. punyaan lelaki yang belum pasti menjadi suami atau sekadar destini sementara.

hari hari berlalu seperti biasa, namun bermakna buat comot. comot dan ganteng telah menjadi kawan baik, yang kamceng sekepal laa wa cakap sama lu. dan hati comot yang mulanya crush dengan ganteng, telah mula berubah telah mula sedar, kami kawan. dan apabila ganteng mengaku sudah mempunyai cewek, dia terima dengan reda.



nenek pernah cakap, jangan suka sangat. bila dah tahu baik buruk, mula laa hati berkatakata. mula laa menyesal, mula laa pergi pada yang lain. haa. dengar tu comot. comot mengangguk.

pada petang jumaat setelah berminggu-minggu di institusi j, comot mendapat tawaran ke institusi x dengan biasiswa y. hal ini sangat mendukacitakan. memang laa, siapa tak seronok dapat tajaan, tapi itu bermakna, dia akan jauh dari ganteng.

ganteng, aku dapat tajaan y doe. sekarang aku dilema, nak pergi ke tak. hmm.

alaa, kau pergi je laa. untuk kebaikan kau juga. :) untung laa. aku tak dapat. aku nak. tapi apa nak buat. kau pergi je kay.

ada benarnya kata-kata ganteng. walaupun kawan kawan yang sudah maklum turut memberikan pandangan yang sama, namun apabila katakata itu dari ganteng, dia mengakuinya. hailaa hati.

comot, kalau kau dah takde nanti, sunyi laa aku. takde siapa nak gaduh dengan aku.

comot sebak. walaupun tak menjadi awek ganteng, namun mereka sudah seperti adik beradik. bertikam lidah harihari, mengambil berat tak lupa juga. comot tak daya membalas pesanan ringkas ganteng. dan ia tidak berbalas sampai laa hari terakhir comot disitu.

sekarang, setelah sebulan berlalu. comot masih tak dapat melupakan ganteng. terasa kehilangan. ditempat barunya, tiada yang seperti ganteng. semua cuba mengejarnya, seperti biasa. tidak seperti ganteng. menghulurkan salam persahabatan yang amat bermakna.

mereka masih bertegur sapa di facebook. kadangkala mesej sampai larut malam. seperti biasa, seperti adikberadik, seperti kawan, seperti tiada apa. mengundang senyuman di wajah comot tanpa disedari.

dah pagi. kau pergi laa tidur. 

ah kau ganteng. aku tengah main game. senyap.

dah malam dah ni.

sorry, dah pagi.

eeeyyaai. aku ketuk jugak kepala kau.

haha. berani ke ganteng nak ketuk ketuk kepala ni? poyo je lebih mamat ni.

whatever.

dah stop main game tu. dah pukul 2 pagi ni.

taknak.

kau ni, pergi tidur sayang.

BANG!!! tertembak hati comot. 

kadang hati diminta mengerti, tapi tuan buat buat tak reti. :)

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P