Sunday, October 14, 2012

13th Oct 2013

pengalaman semalam, dijadikan garisan peajaran hari akan datang.

aku, dengan ayah aku, dan member baik aku serta kawan sekelas aku naik wiraa hitam gerak keluar dari kolej tercinta.

membeli cat dan berus dan segala keperluan untuk mengecat PDK Teluk Datok, Banting. seronok dengan layanann apek cina yang sangat beria menolong aku fikir barang2 lain untuk kerja mengecat ni. THANKYOUU APEKKKKK. i love you so much. awak dah jadi salah seorang guru saya :)

lepas tu konvoi ke Aero fair di UniKl MIAT di Sepang dan mengusha jet-jet dan kapal terbang lapuk. 

aku terfikir, masih teguh kapal terbang itu selepas berjuang sekian lama untuk Malaysia. dan kini dijadikan pameran untuk generasi terkini lantas boleh dijadikan inspirasi bagi mereka yang memerhati sambil berfikir. karat-karat yang terpalit di setiap bahagian kapal terbang itu mungkin menceritakan kisah tersendiri yang unik dan berkemungkinan besar tidak pernah tercatat dalam buku teks sejarah.

oh lupa, aku juga main wall climbing. tersenyum melihat member baik aku tak mampu memanjat sedangkan aku telah pun sampai ke puncak. lihat, Allah beri kelebihan dan kelemahan dari segi yang berlainan tapi kami masih KAMCENG. sorry yea Leen aku bantai gelak kau semalam macam haram. aku sayang kau ketat sangat. haha. dan kita gelakkan anisa yang langsung tak naik sebab cuak. HAHAHA.

dan first time aku tengok helikopter terbang and mendarat! haha. aku jadi batak sekejap tengok helikopter yang macam drumstick ayam kfc. nyum nyum ^.^

aku mula merapu. 

kemudian kami membuat keputusan untuk berjimba-jimba di pantai Teluk Kemang, Port Dickson. tak lupa menjemput seorang kawan, yang tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui teks dan FB namun semalam lepak macam KAWAN BAIK. haa jangan jealous, siap mandi laut sekali.haha. hey haziq. kau memang cool weyh. haha. thanks sebab sudi ikut aku and the gang mandi kat pantai yang cantik itu. subhanAllah. 

thanks jugak sebab gelakkan saya yang takut air.alhamdulillah, KORANG MEMANG KAWAN TERBAIIKKKKK.

balik penat keletihan. ceh gaya macam aku buat diving ja. haha. sumpah ngantuk sampai terus tertidur atas timbunan kain baju yang KONONNYA nak lipat tapi wassalam di pertengahan jalan. aku sambung lipat kain esok paginya. haha.

thankyou ayah bawak along jalan-jalan. nanti kita jalan lagi yea. i miss your humor already :'(

keluarga dan kawan ibarat satu untaian kasih sayag yang aku merayu sangat-sangat, tolong la jangan ambil dari akui. TAK SANGGUP DOE. :'(

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P