Wednesday, March 6, 2013

berita tergempar

BANTING : Tanggal 6 Mac yang lalu merupakan tanggal yang istimewa apabila jiran tetangga saudari pemilik acer telah kedengaran suaranya yang lantang menjerit disusuli tangisan yang syahdu. Punca-punca jeritan nyaring seakan suparno masih lagi tidak jelas dikenalpasti. Namun, menurut sumber yang agak boleh dipercayai, jeritan nyaring itu berpunca daripada kehilangan fail rasmi kehidupan saudari itu. Mangsa, 19 tahun, telah kehilangan fail sulit yang merakam aksi-aksi gedik, kecewa, gembira dan susah-senang beliau dalam menongkah arus permodenan dunia kolejnya. "saya sangat terkejut pabila fail yang dicari tidak dapat ditemui" kata mangsa yang teresak berlagu-lagu. dipercayai bahawa virus-virus tegar telah datang berhijrah ke laptop acer itu daripada seteru utama saudari, iaitu saudara Ucup. mengikut khabar angin, laptop Ucop telah menghantar virus itu ke laptop acer mangsa melalui thumbdrive. sejauh mana kebenarannya tidak dapat disahihkan. "saya rasa ini semua salah Ucop. tidak syak lagi" kata mangsa. - pinpon

5 comments:

  1. ape ko cite ni weyh..ak xpaham.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya hanya aku saja yang memahaminya. fail pictures aku hilang :(

      Delete
  2. owh yeke??laaa...sbb virus la ea? xley recover langsung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppy. takde back up and benda tu hilang tanpa disedari. :(

      Delete
  3. hahahaha.. bapak sedih cte kay.. :)

    ReplyDelete

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P