Tuesday, September 3, 2013

maleis

sedih aku baca komen-komen rakyat Malaysia ni. caci maki hebat. masing-masing dilahirkan menjadi pahlawan papan kekunci. zaman bilamana kalkulator memudahkan lagi kehidupan, rakyat Malaysia memudahkan lagi corak fikiran tanpa mahu berfikir secara kritis.

apa beza dengan haiwan? takda. 

cuba baca kisah Pol Pot, revolutionis di Kampuchea. bila dia menguasai negara itu, dia hendak memulakan ( tahun dia mula menguasai ) sebagai tahun 00 Pot. dah tak main dah 2012, 2013. dia nak hapuskan sejarah kampuchea sebelum itu. dia bunuh semua guru-guru yang ada, dia bunuh semua orang yang mementingkan darjat, dan yang terakhir sekali, dia bunuh artis negara itu. 

*Artis - seniman. bukan artis glamorous yang miskin tak cukup kain. artis di sini ialah orang yang hidupnya berseni. e.g penulis, penyajak, pelukis, pelakon, penyanyi, pe dan segala pe yang berkaitan.

persoalan: kenapa artis? kalau cikgu tu logik la kan. guru merupakan kunci segala ilmu. sebab PM pun takkan jadi bijak pandai tanpa didikan guru. orang yg mementingkan darjat itu di bunuh kerana Pol Pot tidak suka akan perbezaan status quo. artis? hiburan kot. kenapa jadi target?

sebab artis mampu menceritakan segala-galanya disebalik muzik, lirik lagu, sajak, lakonan dan coretan warna. mereka mampu bermain dengan emosi manusia dan ceritakan kebenaran. bagi Pol Pot, dia tidak akan mampu mencapai impiannya untuk mencipta tahun 00 Pot sekiraya rakyatnya masih berpegang kepada identiti negara lama.

persoalannya sekarang. kenapa Pol Pot ni ada penyokong? okay la mungkin malas nak baca sejarah Pol pot tu kan, sekarang cuba fikir : kenapa orang jahat mesti ada jugak penyokong , malah kadang-kadang mempunyai jumlah yang lebih besar daripada penyokong orang baik?

prejudis mengaburi, atau senang cerita, membutakan hati. bila prejudis lahir di hati, rasional kita tidak lagi rasional. logik hilang entah ke mana. prejudis menjadi pedoman. penat Abraham Lincoln promote keamanan. lelah Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan Malaysia dengan cara yang aman. jerih Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan nikmat paling besar dalam diri kita - Imann -

kasihan kanak-kanak. Malaysia aman?

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P