Monday, September 30, 2013

birthday yayang :)

heeehoooo dah 19 tahun dah. hew terasa muda haha. so aku telah mengambil satu ujian personaliti yang sangat best. all yo have to do is click. ini sebagai rujukan aku untuk masa akan datang :)

Anda Gigih (Striver)
Anda ceria dan bersemangat dengan tenaga yang boleh mempengaruhi mereka yang berada di sekeliling anda. Segalanya adalah berkenaan memanfaatkan hari-hari anda dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Anda seorang yang seronok untuk didampingi, dan semangat positif anda adalah sesuatu yang dihargai dan dikagumi oleh rakan-rakan anda.

Anda menetapkan standard yang tinggi untuk diri anda dan orang lain dan sentiasa menumpukan perhatian untuk mencapai matlamat anda. Dan apabila anda teruja tentang sesuatu, anda mempunyai keyakinan dan semangat untuk memberi inspirasi kepada semua orang di sekeliling anda untuk turut terlibat.

Anda mungkin merasakan yang hidup anda memerlukan sedikit keseimbangan pada saat ini. Tetapi dengan sikap anda yang sihat dan pemikiran yang positif, anda boleh menerima yang buruk dengan yang baik. Luangkan masa untuk diri anda.

Kehidupan adalah tentang membuat pilihan. Jangan lupa untuk terus teruja dengan segala kemungkinan dan potensi di luar sana dan bukannya mendesak untuk mengetahui "jawapan" sepanjang masa. Ia merupakan jalan yang panjang, penuh kelainan dan berliku-liku, oleh itu daripada menjauhi perjalanan tersebut, tempuhinya dan nikmati segala rintangan yang anda hadapi. Cabar diri anda untuk mencuba pengalaman baru dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Tetapi anda juga perlu ingat yang anda tidak boleh berasa yakin dan ceria sepanjang masa. Kadang kala ia sama sekali tidak mengapa untuk mengalihkan tumpuan dan melihat ke dalam diri anda. Malah, kami amat menggalakkannya!

Berhubung semula dengan alam semula jadi bukanlah satu kemewahan tetapi satu keperluan bagi anda. Tiada yang dapat menandingi hembusan udara segar di luar untuk memberi rangsangan yang anda perlukan dari semasa ke semasa. Semangat anda melonjak naik apabila merasai sinaran mentari di wajah anda. Pastikan anda memperuntukkan waktu khas yang tenang untuk diri anda seberapa kerap yang boleh.
Apabila tiba masa untuk berehat yang anda sewajarnya nikmati, anda suka bergiat aktif. Sama ada mengetuk turapan jalan atau pergi ke hutan, mengambil sedikit masa untuk menggerakkan otot-otot anda boleh membantu anda berada dalam keadaan yang terbaik.

Anda melihat kehidupan sebagai acara maraton dan bukannya acara pecut, dan cenderung untuk berfikir dari segi aspirasi jangka panjang. Anda seorang yang rajin, dan suka melihat hasil daripada segala usaha anda terbentang di hadapan anda. Anda seorang yang seimbang dan fokus, dan membiarkan motivasi anda mendorong anda untuk berjaya. Sekali-sekala, jangan lupa untuk memanfaatkan hidup anda - berbelanja untuk sesuatu yang boleh menggembirakan anda.

yapp. like they said : just be yourself. and yeah, hidup ini bukan acara lari pecut.

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P