Sunday, April 7, 2013

tak tahu nak buat apa :(

haritu pihak Jpa turun KMB, konon nak jumpa bincang hal akedemik,
oh memang pasal akademik pun,

long story short, kalau aku tak dapat 33 points for this semester, 
i am out of this game. aku takkan ditaja lagi,
IB aku pun takkan habis,

kalau rasa nak belajar lagi,
terpaksa mohon diploma, habiskan 3 tahun lambat 
dari student satu batch dengan aku,
sambil menanggung perang psikologi,
yelah, mesti la rasa malu, ye dak?

mak aku pun akan malu, 
kesian mak aku, bukan setakat malu,
mesti dia kecewa gila, rasa macam kena tampar perit,
lagi perit part kena tampar tu oleh anak sendiri,
aku laa tu,

hailaa hati, kuat tak kau?
i dont know, final ada lagi 40 hari lebih,
not sure if i can excellent well,

last sem pun aku dapat 29 ja.
padan muka duk main sana sini,

apa nak buat? ye sekarang kena serius,
kena sedar diri, kena tahu langit bumi,

aku tengah tanggung satu harapan, tanggungjawab
shiaa laa semua ni, sesak seh dada.

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P