Tuesday, April 3, 2012

surat hawa

wahai adam,

tidak aku tahu hal lelaki,
aku cuma tahu, kau mencari yang terbaik,
rusuk yang mudah dilenturkan,
yang mudah dilurus
mendengar dengan baik setiap patah kata,
akur mungkin sampai dipijak,
mungkin, tidak aku bersangka syaitan,
namun, syaitan di mana mana,

adam,
mungkin aku jelik pada pandanganmu,
sombong, ganas, kasar
garang, susah senyum and beramah mesra,
tapi adam, aku ada sebab
sebab yang kau tak perlu tahu sebenarnya,
memandangkan kau adam,
yang sedang mencari rusuk kirimu yang hilang,

ketahuilah,
aku begini supaya jauh dari perhatian kamu,
dari dilihat cantik dan digilai,
dari dikejar adam bermata perempuan,
dari tersungkur ke lubang hina,
aku rimas,
aku mahu jaga diri aku,
untuk seorang adam
yang halal untuk aku hawa

mungkin aku kasar untuk kamu,
tapi aku masih hawa,
di saat kelembutan aku kau lihat,
kau sendiri terpana,
kerana aku masih hawa,

**********************************
aku jumpa ini mana tah. 
kind of takdir, sebab aku pun macam ni,
hakhak,

semua sibuk mencari jodoh. hakikat jodoh sudah ditetapkan tuhan.
semua serahkan tentu hidayah, sedangkan hidayah tuhan perlu dicari.
ironik bukan manusia?

kawan ; tak mencari kumbang?
aku ; tak. malas doh. kau, mana bunga?
kawan ; layu dah semua. hehe.
aku ; sabar. kesian kau. haha.
kawan ; pair up dengan aku laa fara,
aku ; haha, what the fuq. takmau aku.

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P