Friday, April 6, 2012

lari,

ada masa manusia memerlukan suasana
untuk bernafas lega berfikir munasabah diri
membasuh luka tenteramkan jiwa,
terus berlari dari sesak dunia,
dari himpitan harapan manusia,
dari sifat kekejaman diri sendiri


aku mahu lari dari semua itu,
menutup pintu hati dari terbuka,
bukan aku jemu bukan aku tidak mahu
tapi aku lelah dengan debu debu yang terhidu
aku lemas,


ini serius bukan puisi yang selalu aku karang
bukan juga bicara matang 
cuma luahan hati kecil
yang patah melihat mereka
yang sialan melihat masalah
itu aku si boneka dunia,


tiang yang disangka teguh,
ranap sembah bumi di kaki






plkn, i wish for you.

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P