Wednesday, April 4, 2012

hai adik.

kenapa kau menangis?
gulagula kamu jatuh ya
jangan nangis sayang
aku beli gulagula baru
kongsilah bersama saudaramu,
jangan menangis sayang


hai budak,
kenapa kamu menangis lagi?
apakah kerana ibu bapa mu memukulmu lagi?
sabar sayang
kamu anak yang cerdik akalmu
dewasalah kamu
dan jadikan pengalaman kamu itu sempadan


hai abang,
aku masih melihat kamu menangis
adakah kerana dimainkan wanita?
nasib kamu memang malang
tetapi bertambah malang jika kamu membalas perbuatannya,
matanglah kamu,
menjadi lelaki yang soleh,
yang mampu membimbing wanita itu.


hai ayah,
terlihat aku setitis air mata tersorok di peluput mata,
aku tahu kamu sedih anak kamu gagal dalam kertasnya,
sabar ayah, ujian dunia semata,
didiklah dia mengatasi ujian akhirat sana,
itu lebih penting dari kredit dunia
insyaAllah siapa pun mampu menjadi anak yang berjaya


hai pemimpin dunia,
tak perlulah kau mengesat air mata,
aku tahu kamu sedih melihat rakyat kamu
bergelandangan atas kemaksiatan
walhal bawahan kamu seronok mengemas poket
penuh suapan sogokan
kopi kopi bercawan
tegaslah menegangkan benang yang basah
agar kering dan lurus semula,


hai adam,
sungguh runtun hati aku hawa,
melihat kamu dengan air mata,
tak terucap dibibirmu setiap kepayahan
jadikanlah aku hawamu
agar aku dapat meregangkan belakangmu
aku mampu melakukan separuh kerjamu
percayalah sayang aku mampu menceriakanmu
kerana aku mahu melihat kamu tersenyum kembali seperti dahulu.

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P