Friday, April 6, 2012

gaji

sedang berborak dengan seorang akak promoter untuk syarikat tutttt, 
tetiba terkeluar topik gaji.
ini kisahnya ;


akak ; bukan apa dik, orang macam akak ni, takboleh la nak gaji lambat, anak nak sekolah, minyak motor lagi.
aku ; gaji masuk lambat ke kak?
akak ; lambat sangat, 15 haribulan hantar punchcard, 10 haribulan depan baru dapat gaji, lambat sebulan dik.
aku ; yelah, susah la macam tu,
akak ; tu yang akak terfikir nak tukar kerja tu.


(ini akak lain, pada hari yang sama)
akak ; lainlah kalau kita duduk uk. kahwin dengan orang sana and jadi warganegara dia, duit lampin susu sampai anak 18 tahun dia tanggung.
aku ; siapa tanggung?
akak ; government la!
aku ; peh kaya soit. berapa juta pulak bebudak sana. dahsyat.


membuatkan aku terfikir, yelah, aku maybe tak rasa sangat bila gaji lambat sebab aku tiada tanggungan,
tapi, aku tahu, payahnya hidup ini bila terputus duit,
anak nak sekolah, sekarang semua nak pakai duit,
buku, pen, pensel, baju koyak, kasut,
yuran, cikgu nak tu, cikgu nak ni, 
peh, baru seorang, 
mana yang setiap tahun keluar tu, haa, tepuk dahi laa kau,


aku tercampak kat sekolah orangorang kaya,
mak oi, rabak soit poket, 
habis gaji aku sebulan kerja part time form 4, tak cukup tu,
modul, special page, modul lagi, hari guru, hari itu, hari ini,
kelas kelab kertas koridor kantin makan makan makan
dan modul lagi, beratus ratus dah,
pibg yang MAHAL NAK MAM lagi
botak botak, rabak rabak, sesak sesak,
fucking nuts. 


terpaksa bagitahu mak, 
along tak cukup duit,
memang minggu depannya mak aku kasi,
memang, memang dia kasi,
tapi mana nak datang duit tu kalau aku mintak tengah bulan?


dan minggu seterusnya,
mak ; along, duit belanja ada lagi?
aku ; ada, 
mak ; berapa?
aku ; rm20
mak ; cukup tak? mama kasi rm30 lagi,
aku ; eh, takpayah laa, buat apa banyakbanyak, buat hilang je.


hakikat, dalam dombet aku tinggal rm5.
yess aku menipu. 
-__________-
*sigh


boss, gaji tu kasi awal sikit keluar okay? bukan apa, 
kalau lambat, bukan mak bapak ja pening,
anak pun sama pecah kepala.



em, kalaulah ada banyak rm macam ni.
kalaulah,

No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P