Thursday, April 5, 2012

BAD BUAYAAS

kau tahu fara, kadang kadang tak semua yang dirancang menjadi,
ini kata kata seorang ABANG yang aku selalu lepak mapley.
dan ini kisahnya ;


ah, macam mana ni?
kata lelaki itu, rambut pacaknya dah hilang teguh,
buntu buntu buntu kepala si lelaki itu


lelaki itu kata, 
sayang, kereta abang road tax dah sangkut, boleh tak pinjam, 
gaji abang tak masuk lagi,
si awek tersenyum dan dia pun hulur,


lelaki itu kata lagi,
sayang, jom jalan jalan ahad ni! lama dah kita tak keluar,
pada hari berkenaan, bayang pun tara, call pun tak berlunas,
puas si awek menekan butang handphone, dah nak tercabut dah
hari berikutnya,
sorry sayang, abang demam, tak larat nak angkat call sayang,


lelaki itu kata lagi,
yang, esok abang kena pergi langkawi, ada meeting kat sana,
jangan nakal nakal tau sayang abang ni,


balik dari langkawi, lelaki itu berwajah muram,
lantas si awek terus mendapatkannya,
abang, kita berpisah,


terkejut lelaki itu,
eh sayang, jangan nak main main, abang dah la penat tak habis lagi ni,


si awek tersenyum,
tak perlulah kita bersama lagi,
duit yang saya beri saya halalkan, walaupun abang guna 
untuk tambah duit cincin awek abang lagi satu,


lelaki itu terkedu -


si awek tambah lagi,
saya juga halalkan masa yang sepatutnya kita bersama,
walaupun abang gunakan untuk teman awek abang shopping,


what?


si awek menambah lagi,
dan saya maafkan abang kerana menjadikan alasan meeting itu untuk ke langkawi
semata mata untuk holiday dengan dia,


lelaki itu merah mukanya,
hei perempuan, apa kau mengarut ni ha? aku memang ke sana sebab meeting! bukan jumpa perempuan!!


si awek itu tersenyum lantas bangun,
sebelum meninggalkan lelaki itu dia berkata,
maafkan saya abang, memang abang tak ke sana jumpa dia sebab dia tak datang pun kan?
sebab dia member baik saya, yang muncul untuk menguji hati abang,
selamat tinggal, buaya.


terhenyak lelaki itu ;


***

pemilik kisah benar ini ;;

buayas shah alam, joe. ngaha. nama dia razak actually.
diceritakan kepada aku, suatu malam tahun lepas,
di mapley shah alam, empat orang mendengar
sambil kekesalan di bening matanya,
walaupun ketawa cuba mengaburi aku,
hah, lelaki.



BAD BUAYAS ARE BULLSHITS. THROW ROCKS TO THEM. MAKE THEM DIE.


No comments:

Post a Comment

tett tett tettt. kisah betul kau dengan aku kan. :P